Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Yayasan HABIB, sebuah yayasan di bawah naungan Kumpulan HABIB, meneruskan komitmen tahunannya dalam menyantuni golongan yang memerlukan menerusi inisiatif Rantaian Kasih 2026.
Bersempena Ramadan, program sokongan komuniti ini menyalurkan sumbangan barangan keperluan asas serta bahan makanan harian kepada lebih 300 keluarga kurang berkemampuan di Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur.
Pengagihan dimulakan di Pulau Pinang pada 7 Mac, sebelum diteruskan ke Ampang pada 14 Mac dan Bangsar pada 17 Mac.
Melalui Infaq Ramadan ini, tumpuan diberikan kepada penyediaan barangan runcit bagi membantu meringankan beban perbelanjaan keluarga sepanjang bulan yang penuh keberkatan.

Sebagai simbolik pelancaran, agihan pertama diadakan di Masjid Habib, Pulau Pinang, sebuah lokasi yang signifikan dalam perjalanan HABIB. Sejak pembukaannya, masjid ini berperanan sebagai pusat ibadah dan aktiviti kemasyarakatan. Bertepatan dengan bulan Ramadan, sementara Masjid Negeri Pulau Pinang sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian, Masjid Habib telah diberi status sebagai masjid negeri, dan menjadi tumpuan utama masyarakat setempat untuk berbuka puasa dan solat Tarawih. Situasi ini sekaligus mencerminkan peranannya sebagai ruangan yang menyatukan serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib, berkata:
“Memberi kembali kepada komuniti sentiasa menjadi fokus utama kami. Melalui setiap sumbangan, program, dan inisiatif, kami berusaha untuk membawa manfaat yang mendalam kepada masyarakat, sambil kami mengingati niat asal penubuhan Yayasan HABIB. Dengan sokongan berterusan daripada semua pihak, Yayasan HABIB ingin terus membuat perbezaan, memastikan lebih ramai penerima merasai kegembiraan serta bantuan pada bulan yang mulia ini.”

Pendekatan ini berteraskan falsafah pengasas Kumpulan HABIB, ‘Gift of Happiness’, yang menekankan nilai berkongsi rezeki dan menyebarkan kegembiraan. Semangat tersebut terus menjadi tunjang kepada setiap program kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh Yayasan HABIB.
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti media sosial rasmi Yayasan HABIB di Instagram @yayasanhabibofficial.