Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Rapid Rail Mohon Maaf Susulan Tren Monorel Terkandas

Sofea
rapid rail mohon maaf
Kredit: Threads aain1122

Rapid Rail Mohon Maaf Susulan Tren Monorel Terkandas

Rapid Rail membuat permohonan maaf susulan gangguan bekalan kuasa yang mengakibatkan Monorel berhenti di antara Stesen Medan Tuanku dan Stesen Titiwangsa.

Kejadian tersebut telah berlaku pada jam 8.50 pagi tadi melibatkan sebuah tren bernombor 25.

“Rapid Rail memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama daripada semua pengguna,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya juga mengesahkan bahawa seorang penumpang telah pengsan di dalam tren terbabit.

“Menurut laporan, seorang penumpang telah pengsan di dalam tren tersebut. Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut berada di lokasi bagi membantu mengeluarkan mangsa.

“Pasukan perubatan turut berada di lokasi bagi memberikan rawatan awal sebelum mangsa dibawa pulang oleh ahli keluarga,” katanya.

BACA: RapidKL Kongsi Peranan Juruteknik Muda Ini Terhadap Keselamatan Tren

Perkhidmatan tren itu juga telah kembali beroperasi sepenuhnya pada jam 11.33 pagi selepas kerja-kerja baik pulih berjaya dilaksanakan.

Semua penumpang lain yang turut berada di dalam Monorel itu telah dibawa ke Stesen Medan Tuanku untuk meneruskan perjalanan masing-masing.

“Pasukan kejuruteraan Rapid Rail telah bertindak segera dengan menunda tren terbabit ke depoh bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara percuma ulang alik telah ditamatkan dan kekerapan tren diselaraskan secara berperingkat.

Sumber: Rapid KL