Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rasa Dirinya Tak Berhak, Wanita Pulangkan Semula Bantuan Kerana Tak Sanggup Tengok Orang Lain Kelaparan

Amira
Kredit: Makasar_Iinfo/Kompas

Benarlah kata orang, kita memberi bukan kerana kita mempunyai banyak harta, tetapi kerana faham bagaimana rasanya tidak punya apa-apa.

Mungkin inilah yang terlintas di hati seorang wanita di Sulawesi Selatan yang bertindak memulangkan bantuan kerajaan kepadanya agar dapat diberi kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Irma Daeng Simba,36 dilihat membawa makanan bantuan yang baru diterima susulan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) di Kabupaten Gowa.

Menurut Kompas, wanita itu berkata dia tidak sanggup melihat orang lain yang lebih memerlukan.

“Saya kembalikan barangan keperluan ini sebab saya merasa tidak berhak dan masih banyak penduduk yang memerlukan,” katanya di hadapan jawatankuasa kampung.

Wanita itu memulangkan bantuan berupa beras, gula, minyak, telur serta mi segera setelah menerimanya beberapa jam lalu.

Tambah portal itu, wanita itu sendiri bukanlah orang yang serba ada. Suaminya sendiri yang merupakan peniaga buah mangga terpaksa menganggur kerana COVID-19.

“Suami sudah tidak bekerja kerana tak boleh keluar rumah. Untung masuk bulan puasa, jadi saya menjual makanan untuk berbuka puasa di hadapan rumah,” kata ibu dua anak itu.

Irma juga merupakan pemegang kad Program Keluarga Harapan (PKH) yang menerima bantuan bulanan bukan tunai dari kerajaan negara itu.

“Saya sendiri adalah penerima PKH dan setiap bulan menerima bantuan dari kerajaan. Dan itu sudah cukup buat kami,” katanya.

Sumber: Kompas