Malaysia menjadi tumpuan dunia pada minggu ini susulan penganjuran perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) 2026.
Merupakan salah satu litar paling ikonik, perlumbaan di SIC telah ditunggu-tunggu sejak sekian lama oleh kebanyakan pelumba dan peminat F1.
Manakan tidak, SIC 'menjanjikan' cabaran yang tersendiri dari segi rekaan litarnya dan juga cuaca yang tidak menentu.
Dalam pada itu, salah satu pasukan yang pastinya terasa begitu 'dekat' dengan Malaysia ialah Mercedes-AMG PETRONAS. Mereka diibaratkan pulang ke 'rumah' selepas sekian lama.
Tentunya kehadiran pelumba pasukan itu mencuri tumpuan ramai dan tidak kurang juga ada yang berpeluang bertemu bertentang mata dengan mereka.
George Russell “Speechless”
Menerusi video yang dikongsikan Mercedes-AMG PETRONAS di media sosial, seorang peminat dari Malaysia dapat bertemu dengan George Russell serta berpeluang memberikan hadiah istimewa kepadanya.

“George terkedu selepas membaca hadiah penuh bermakna yang diterimanya daripada para peminat,” kata kapsyen di video itu.
Hadiah tersebut merupakan himpunan mesej dari peminat-peminat Malaysia yang 'dibukukan'.
“Ini buku yang saya terima dari Team GR63 Malaysia, banyak mesej-mesej dari peminat.
“Memang luar biasa, semuanya dibuat dengan tangan. Ada juga nota-nota yang ditulis khas.
“Rasa macam tak percaya dan ya… sejujurnya saya agak kelu, tak tahu nak cakap apa, ini sangat luar biasa, “ kata George ketika meneliti hadiah tersebut.
Selain George, Andrea Kimi Antonelli turut beraksi bersama pasukan Mercedes bagi musim ini.
