Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Gambar via Hello Doktor

Rasa Ragu-Ragu Nak Solat Selepas Haid? Ini Tanda Habis Haid

Nurul Alya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Rasa Ragu-Ragu Nak Solat Selepas Haid? Ini Tanda Habis Haid

Setiap kali selepas haid, kebanyakan wanita yang beragama Islam pasti akan mempunyai keraguan sama ada haid mereka sudah betul-betul habis atau belum.

Ini kerana, sekiranya darah haid masih keluar atau terdapat cecair berwarna coklat atau kekuningan, ini bermakna haid anda masih belum habis.

Kebanyakan wanita tahu mengenai tanda-tanda kedatangan haid pada setiap bulan. Tetapi, mungkin ada yang tidak tahu tanda-tanda habis haid.

Perkongsian Hello Doktor ini akan menjelaskannya.

Apakah tanda habis haid?

Ramai wanita yang keliru tentang masa haid mereka berakhir. Kalau solat seperti biasa, takut darah masih lagi keluar. Namun, kalau tidak sembahyang, nanti terpaksa ganti pula!

Bagaimana pula jika ada keputihan yang berwarna kuning atau kecoklatan yang keluar? Adakah ia dianggap haid atau keputihan?

1. Tidak ada lagi darah haid yang keluar

Cara yang paling simple dan mudah untuk menentukan sama ada haid sudah berakhir adalah dengan melihat darah haid yang keluar.

Jika tidak ada lagi darah haid, itu bermaksud period anda sudah tamat. Jadi, anda boleh teruskan ibadah seperti solat, berpuasa dan membaca al-Quran seperti biasa.

Salah satu cara untuk periksa haid sudah berakhir adalah mengesat kemaluan menggunakan tisu putih yang bersih.

Sekiranya tidak ada sebarang kesan yang berwarna kuning, coklat atau merah pada tisu tersebut, itu bermaksud anda sudah boleh mandi hadas dan meneruskan ibadah seperti biasa.

2. Keluarnya cecair likat yang berwarna putih dari faraj

Selain itu, satu lagi tanda habis haid ialah keluar cecair putih dari faraj.

Setelah cecair ini keluar, sebarang kesan merah, kuning atau kecoklatan dikira sebagai keputihan.

Namun, jika masih ada lagi keputihan yang berwarna merah yang berterusan selepas anda datang haid, ia dikira sebagai period.

Cuba uji dengan kaedah tisu putih di atas untuk menentukan sama ada darah haid anda sudah betul-betul kering atau tidak.

Walau bagaimanapun, setiap wanita mempunyai haid yang berbeza-beza. Jika anda mempunyai persoalan mengenai haid, jumpa doktor atau rujuk pakar mengenai masalah anda.

Gambar via Hello Doktor

Jika anda selalu runsing mengenai tempoh haid, mungkin sudah tiba masanya agar anda ‘track’ atau pantau haid anda.

Tetapi mengapa? Tahukah anda, ada banyak kelebihan memantau haid sendiri?

Anda bukan sahaja boleh agak bila tarikh haid akan datang, ia juga dapat membantu anda mengenal pasti jika adanya sebarang abnormaliti pada period anda.

Ada banyak cara yang dapat membantu anda memantau haid sendiri.

Namun, ia mungkin sukar sekiranya anda tidak pernah melakukannya sebelum ini!

Di bawah, kami senaraikan beberapa langkah untuk anda pantau haid sendiri:

  1. Gunakan kalendar. Tanda hari pertama hingga penghujung haid dengan pen berwarna merah.

  2. Gunakan aplikasi atas talian. Ada banyak aplikasi yang dapat membantu anda memantau haid sendiri.

Selain itu, anda juga perlulah take note mengenai simptom-simptom lain seperti:

  1. Simptom fizikal: Keletihan, sakit kepala, senggugut dan rasa tidak sedap perut.

  2. Mood swings: Tandakan bila anda mulai alami mood swing. 30-80% wanita haid mempunyai simptom yang sama ketika datang haid.

  3. Konsistensi: Lihat sama ada darah haid yang keluar banyak, sederhana, sedikit atau bertompok-tompok.

Pantau haid anda selama 3 bulan berturut-turut. Selepas itu, anda akan dapat mengagak masa period seterusnya bakal tiba dan juga tanda habis haid. Barulah kita boleh terus beribadah dengan tenang.

Selain itu, data ini juga sangat bermanfaat untuk wanita yang ingin menimang cahaya mata. Anda juga boleh menganggar masa ovulasi mengikut kitaran haid!

Sumber:

Hello Doktor

BACA JUGA: Guna IUD Untuk Rancang Keluarga? Awas, Ini 7 Simptom Ia Perlu Dibuang!