Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ratu Muzik Anime, LiSA Bakal Temui Peminat Di Malaysia Jun Ini
Penyanyi pop rock Jepun, LiSA bakal bertemu dengan peminat Malaysia dalam siri jelajah Asia 'LiVE is Smile Always~15~' di Kuala Lumpur pada Jun ini.
Perkara itu dikongsikan Ratu Muzik Anime itu menerusi mesej ringkas di akaun Twitternya.
"Hai, Malaysia! Ini adalah konsert solo pertama saya di Malaysia! Saya sangat teruja untuk bertemu anda!" luahnya dalam hantaran itu.
Difahamkan, konsert berkenaan dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena pada 7 Jun ini, sekali gus menjadi konsert solo pertamanya di Malaysia.
Selain Kuala Lumpur, penyanyi itu turut dijadualkan melakukan siri jelajah di beberapa negara lain di Asia seperti Taipei, Hong Kong, dan Seoul.
Untuk makluman, LiSA cukup dikenali ramai khususnya pecinta anime menerusi nyanyian lagu-lagunya dalam beberapa siri terkenal Jepun itu termasuklah Gurenge.
Antara lagu tema yang pernah dinyanyikan beliau adalah menerusi siri Fate/Zero, Sword Art Online, Solo Leveling, dan Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba.