Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Musim Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri kini lebih mudah dan meriah dengan kempen “Raya Cheery-Ah, Lebih Meriah” daripada Eco-Shop. Berlangsung sehingga 31 Mac di semua cawangan Eco-Shop seluruh negara, kempen ini menampilkan pilihan produk yang lebih luas dan harga yang mesra bajet untuk memudahkan keluarga Malaysia sambut perayaan dengan penuh makna.
Kempen ini menekankan nilai bersama-sama dan perbelanjaan bijak, mengingatkan bahawa keceriaan perayaan datang bukan daripada pembaziran, tetapi daripada persiapan rapi dan momen dikongsi bersama.
“Persiapan Ramadan dan Raya boleh jadi banyak kerja, terutamanya bila keluarga kena urus rutin harian, jemputan rumah terbuka, dan membeli-belah perayaan serentak,” kata Jessica Ng. “Dengan kempen Raya Cheery-Ah, Lebih Meriah, kami nak mudahkan akses kepada keperluan asas supaya keluarga boleh fokus pada yang paling penting — sambut perayaan dengan tenang dan gembira bersama-sama.”
Dengan purata harga produk serendah RM2.60 setiap satu, RM30 di Eco-Shop memberi lebih nilai berbanding kedai biasa, memudahkan keluarga menyusun bajet sepanjang Ramadan dan Raya.
Musim ini, Eco-Shop turut memperluaskan rangkaian produknya dengan lebih 60 item baharu melalui kerjasama dengan MyKasih. Pilihan baharu ini merangkumi:
Bekas makanan dan penyimpanan untuk sahur & buka puasa
Hiasan perayaan dan balang kuih
Pinggan mangkuk dan barangan pakai buang untuk rumah terbuka
Keperluan rumah lain untuk persiapan Raya
Eco-Shop jadi one-stop centre untuk semua keperluan Ramadan harian dan persiapan Raya.
Untuk tambah nilai perayaan, Eco-Shop memperkenalkan promosi Beli 5 Percuma 1 bagi barangan makanan dan minuman terpilih di semua cawangan. Sesuai untuk stok kuih, minuman, dan snek bagi majlis buka puasa atau rumah terbuka, promosi ini bantu keluarga jimat sambil meriahkan persiapan perayaan.
“Kami mahu rakyat Malaysia rasa bahawa persiapan Ramadan dan Raya boleh jadi menyeronokkan, bukan stres,” tambah Jessica. “Dengan membeli-belah bijak dan merancang awal, perayaan akan lebih teratur, lebih bermakna, dan sememangnya lebih meriah.”
Untuk info lanjut tentang kempen Raya Cheery-Ah, Lebih Meriah, ikuti Eco-Shop di:
Facebook: EcoShopMarketing
Instagram: ecoshop_my
TikTok: @ecoshopmalaysia
XHS: eco-shop MY