Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

RCI TH: Bekas Menteri Direman Lima Hari

DIREMAN
Kredit: Bernama

PUTRAJAYA, 2 Sept (Bernama) -- Seorang bekas menteri direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung isu pajakan hotel berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH), di Arab Saudi.

Perintah reman bermula hari ini hingga Ahad terhadap lelaki berumur lingkungan 60-an itu, dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini.

Semalam, bekas menteri itu ditahan kira-kira 4.30 petang, ketika hadir untuk memberi keterangan di SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, serta menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

Laporan itu turut menyebut bahawa wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

-- BERNAMA