Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Reaksi Guardiola Selepas Perlawanan Man City-Fulham Jadi Tumpuan

Hannah
Reaksi Guardiola Man City Fulham
Gambar: AFP

Reaksi Guardiola Selepas Perlawanan Man City-Fulham Jadi Tumpuan

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengakui sukar untuk menikmati kemenangan 5-4 pasukannya ke atas Fulham.

Kemenangan itu menyaksikan mereka hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal, setelah hampir melepaskan kelebihan empat gol.

City dilihat menguasai perlawanan selepas mendahului 5-1 pada minit ke-54 di Craven Cottage, namun pasukan tuan rumah kemudian memperlihatkan kebangkitan luar biasa.

Dalam tempoh 21 minit, Fulham berjaya menjaringkan tiga gol, dua daripadanya oleh pemain gantian separuh masa kedua, Samuel Chukwueze.

Pemain antarabangsa Nigeria itu menampilkan aksi cemerlang dan hampir menghidupkan kembali harapan pasukannya, namun City akhirnya berjaya mengekalkan kemenangan.

“Kamu semua terhibur? Rambut saya sampai gugur,” kata Guardiola berseloroh.

“Saya fikir pemain-pemain gembira bekerja dengan saya … tetapi ini Liga Perdana Inggeris. Semua gol yang dijaringkan berpunca daripada pertahanan yang lemah. Kami terlalu jauh ke belakang untuk menahan hantaran lintang dan sepatutnya mengawal ruang dengan lebih baik. Namun, kami berjaya melakukan perkara luar biasa kerana saya tahu betapa sukarnya menghadapi pasukan ini.

“Mustahil bagi saya untuk menikmatinya sepenuhnya. Mungkin ketika kedudukan 5-1, tapi bila sudah 5-4, saya lebih banyak menonton jam daripada permainan. Ia sangat mencabar, dan lagi sukar jika kami gagal menang. Pada kedudukan 5-1, media sudah fikir perlawanan selesai dan artikel pun sudah ditulis: ‘Manchester City kembali … akhirnya.’ Tapi kemudian semuanya berubah dan kami terpaksa mula semula,” katanya.

Dalam pada itu, Guardiola sempat memuji bintang Norway, Erling Haaland. Penyerang berusia 24 tahun itu membuka jaringan untuk City pada minit ke-17, sekali gus mencatatkan rekod sebagai pemain terpantas dalam sejarah Liga Perdana Inggeris mencapai 100 gol.

“Bagi pemain di barisan hadapan, semuanya berkaitan angka, dan angka Haaland memang tiada perbahasan.

“Jika semasa dia tiba, ada yang beritahu saya dia akan menjaringkan 100 gol dalam 111 perlawanan, saya pasti akan tertanya-tanya: betul ke? Dalam liga ini? Tapi dia berjaya. Pencapaian ini memang luar biasa. Saya gembira untuknya, untuk pasukan yang menyokongnya, dan kami akan terus memperbaiki prestasi kami,” tambahnya.

Sementara itu, pengurus Fulham, Marco Silva, memuji semangat juang pasukannya walaupun tewas tetapi turut mengkritik cara mereka membenarkan perlawanan awal-awal lagi berpihak kepada lawan.

“Kami perlu bermain dengan lebih baik dan pantas dalam setiap perlawanan. Kami gagal melakukannya, dan sudah tentu mereka mengambil kesempatan untuk menghukum kami,” katanya.

BACA: Legenda United, Wayne Rooney Dedah Penyesalan Terbesar Dalam Karier

Sumber: The Guardian