Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

“Rehat la..” Khairul Aming Terima Rawatan Dipercayai Akibat Kepenatan
Seperti yang sedia maklum, banjir yang melanda negara baru-baru menyebabkan ramai penduduk terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), menyebabkan barangan keperluan asas menjadi terhad.
Sesulan itu, pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO), termasuklah pempengaruh dan usahawan Khairul Aming (KA) turut turun padang untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Dalam perkongsian video-video yang dimuat naik usahawan kegemaran ramai itu, memaparkan kegigihannya dalam mengagihkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dari awal pagi hingga larut malam selama berhari-hari.
Walau bagaimanapun, dalam video tular baru-baru ini mendedahkan keadaan KA yang terbaring menerima rawatan di sebuah klinik, sambil ditemani beberapa rakan, dipercayai akibat kepenatan.

Susulan itu, dia mendoakan orang ramai untuk mendoakan kesihatan pempengaruh itu kembali pulih seperti sediakala.
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, KA tidak kurang mendapatkan rehat yang cukup berikutan setia memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan selama seminggu berturut-turut.
Menjengah ke ruang komen, warga maya turut bersimpati dan mendoakan usahawan itu kembali sihat.
“Rehatlah KA, kami doakan awak selalu,” kata seorang warganet.
“Semoga KA cepat sembuh,” komen seorang lagi.
“Tadi dalam LIVE tengok KA memang tak bermaya dan nampak kusut masai. Kita ada komen , letihnya tengok muka KA. Rehat la KA. KA dah buktikan pada kami banyak perkara. Kami telus percaya dengan usaha KA, inspirasi semua, get well soon Hero,” tulis seorang lagi.
Mydin Izin Khairul Aming Ambil Barang Di Premis Untuk Bantu Mangsa Banjir
Sebelum ini, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, memberi kebenaran penuh kepada KA untuk mengambil barangan di premis Mydin tanpa sebarang halangan.
Tambahnya, KA tidak perlu menggunakan kad kredit atau membuat sebarang pembayaran segera.
“Ambil sebanyak mana barang yang diperlukan, tak perlu risau pasal kad kredit atau hantar orang, 20,000 atau 100,000, lepas banjir baru bayar,” ujar Datuk Ameer.
Sumber: TikTok @mrcosec