Mayat mangsa lemas, Allahyarham Naim Hariri Kamaruddin telah ditemukan terdampar di Pantai Alur Tuman pada pagi tadi selepas dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.
Pemergiaannya itu pasti sangat dirasai oleh ahli keluarga terutama apabila dia sepatutnya melangsungkan perkahwinan bersama tunangnya semalam.
Turut berduka ialah penyanyi, Noraniza Idris, yang merupakan ibu saudara kepada Allahyarham Naim.
Menerusi kiriman di Instagram miliknya sebentar tadi, Noraniza menitip doa buat anak saudara kesayangannya itu.
Rehatlah wahai anak syurga Mak Long
Rehat lah naim, anak syurga Mak Long..lepas kan lelah dunia, kami redha dengan pemergian kau.
Terima kasih atas segala keringat, ilmu dan nasihat naim pada setiap client yg memerlukan khidmat terapi mu sepanjang bersama.
Sesungguhnya ramai saksi dunia ni melihat kebaikan, kesantunan dan budi pekertimu anak. Semoga syurga tempat mu, Naim.
Hari ni walau berat, kami terima hanya jasad kau yang tak bernyawa laut pulangkan. Rehat lah wahai anak syurga Mak Long , moga kita bertemu disyurga Allah kelak.
Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Naim Hariri, semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: Noraniza Idris