Seorang remaja lelaki ditahan polis gara-gara disyaki menikam abangnya ketika bergaduh di bawah blok sebuah pangsapuri. Remaja berumur 15 tahun itu dipercayai menikam abangnya di Taman Putra Damai, Kelana Jaya semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah petaling Jaya ACP, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan bahawa mangsa berusia 24 tahun dan rakannya berumur 19 tahun itu cedera pada bahagian dada, perut dan belakang badan pada jam 12.08 tengahari.
Tambah beliau, siasatan awal mendapati bahawa kejadian berpunca daripada sikap berang mangsa yang mengetahui remaja tersebut menunggang motosikal tanpa pengetahuan kakaknya.
Suspek ditahan sejurus selepas kejadian dan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Mahkamah Majistret Petaling Jaya membuat permohonan reman terhadap suspek pada hari ini. Tambah Fakhrudin, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Sumber: Astro Awani