Seeorang remja berkongsi pengalamannya tidak boleh berjalan berbulan-bulan akibat menderita penyakit ‘Covid Toes’.
Bagaimanapun, remaja berusia 13 tahun ini bukan pesakit positif Covid-19 walaupun dia mengalami kesakitan pada kakinya sejak Oktober tahun lalu.
Sekumpulan doktor memberi amaran bahawa rasang dingin atau frostbite kemungkinan tanda-tanda baharu jangkitan wabak Covid-19 ini. Penyakit ini berpotensi seseorang boleh terkorban, lebih-lebih lagi jika ia dijangkiti kanak-kanak dan remaja.
Sejak beberapa bulan lalu, Sofia tidak sihat dan tidak pergi ke sekolah kerana tidak dapat memakai kasut dan kini hanya bergantung pada kerusi roda.
Memetik daripada laporan BBC, pada awalnya ibu remaja ini tidak menyangka penyakit ini akan memberi kesan negatif kepada anaknya. Tambahan pula, ujian Covid-19 anaknya adalah negatif.

Sofia seorang pelajar yang sangat aktif dalam bidang tarian, nyanyian dan berlari sebelum diserang penyakit itu.
Katanya, sejak Oktober lalu dia diserang penyakit ‘Covid Toes’ mengakibatkan kakinya membengkak dan luka serta ada kesan lebam. Mengakibatkan kaki membengkak seperti ada gumpalan darah di tapak kakinya membuatkan dirinya sukar untuk berjalan seperti biasa.
Bukan itu sahaja, remaja ini juga menderita tidak dapat memakai kasut seperti biasa kerana setiap kali kakinya menyentuh sesuatu ia akan terasa amat sakit.

Doktor yang merawat remaja ini mengesahkan ia adalah jangkitan ‘Covid Toes’ tetapi agak pelik kerana ujian saringannya adalah negatif. Penyakit ini akan mengambil masa untuk sembuh sekurang-kurangnya 5 bulan dan ianya adalah penyakit Covid berpanjangan.
Menurut penyelidik daripada King’s College London, ruam pada kulit juga dianggap salah satu simptom wabak Covid-19 selain batuk, demam, dan hilang deria rasa serta bau.
Sumber: Dailymail
