Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Resepi Hidup Bahagia Namun Tak Sedar Dizalimi, Mana Perlu Didahulukan, Tanggungjawab Atau Hak?

Gambar: Tambah Cheese & Radio IKIM

Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Bersama perkahwinan, pasangan perlu memikul amanah dan tanggungjawab yang besar. Namun begitu, setiap orang mempunyai hak mereka yang tersendiri. Kekeliruan berlaku apabila seseorang tidak dapat membezakan antara tanggungjawab yang perlu dipikul dengan hak yang dimiliki olehnya.

Semua orang mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing. Namun ada segelintir pasangan yang melaksanakan tanggungjawab tetapi tidak menuntut haknya. Seseorang itu dianggap dizalimi apabila dia sudah melaksanakan hak tetapi tidak tahu akan hak dirinya. Justeru itu, yang manakah perlu didahulukan antara tanggungjawab dan hak ?

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan