Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Resipi Batang Buruk, Kuih Wajib Disajikan Pada Hari Raya
Kurang seminggu lagi, umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Jadi, pasti orang ramai sudah mula menyediakan persediaan rapi untuk menyambutnya.
Bermula dengan persiapan membeli baju raya, mengemas rumah, menukar langsir, hingga kuih-raya, segalanya sudah pasti dilakukan dengan cermat.
Selain itu, waktu ini jugalah digunakan untuk menziarahi sanak saudara dan kawan-kawan. Jadi, sudah pasti kuih raya yang terhidang sering mencuri tumpuan.
Antara yang kuih yang sering dihidangkan ialah kuih batang buruk.
Walaupun terdapat pelbagai jenis kuih raya moden yang semakin popular, kuih ini semestinya mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Justeru itu, jom kita cuba resipi batang buruk yang dikongsi oleh salah seorang pengguna Facebook, Aidid Rosdi. Menurutnya juga, resipi ini merupakan resipi moden dan ia lebih mudah untuk disediakan.
1 paket besar kulit popia
400g serbuk kacang hijau
2 cawan tepung susu
1 cawan gula aising
Mula-mula, sediakan kulit popia dan potongnya kepada lapan bahagian.
Untuk menyediakannya, anda boleh ambil satu sahaja bahagian terlebih dahulu dan selebihnya simpan dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan ia kering.
Seterusnya, anda boleh mula gulungkan kulit popia tersebut serta basahkan pada bahagian hujung kulit popia tersebut dan lipatkannya kemas.
Selepas siap menggulung kesemua kulit tersebut, anda boleh anginkannya atau biarkannya sekurang-kurangnya dua jam.
Selepas dua jam, kulit tersebut akan kering dan mengeras. Kemudian, anda boleh mula gorengkannya dalam minyak yang panas.
Anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama, cukup sekadar ia mula kelihatan keperangan dan buih-buihnya hilang. Seterusnya, angkat dan toskan kulit tersebut dan biarkannya sejuk dahulu.
Untuk intinya pula, anda boleh campurkan tepung kacang hijau, tepung susu dan gula aising dan kacau hingga sebati.
Pastikan anda ayak dahulu gula aising bagi mengelakkan ia berketul. Namun, sekiranya anda terlupa, anda boleh sahaja mengayaknya selepas kesemua bahan telah dicampur sebati.
Selepas kesemuanya sebati, anda boleh mula salutkan ia dengan kulit popia yang telah digoreng tadi.
Kuih batang buruk anda siap untuk dihidang. Selamat mencuba!