Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Resipi Daging Masak Hitam, Boleh Bekukan Untuk Buat Stok Lauk

Aina Munirah
resipi daging masak hitam
Kredit: Rozaini Abu Bakar via MAHN

Resipi Daging Masak Hitam, Boleh Bekukan Untuk Buat Stok Lauk

Umum mengetahui bahawa lauk-pauk berasaskan daging merupakan lauk yang digemari oleh ramai orang. Hal ini kerana, ia merupakan antara lauk yang sering disajikan tanpa mengira waktu.

Bukan itu sahaja, daging juga merupakan salah satu bahan yang boleh divariasikan kepada pelbagai jenis menu. Misalnya, daging goreng, kari daging, daging masak kicap dan sebagainya.

Tapi, mungkin anda juga bosan untuk menikmati lauk atau menu yang sama berulang kali, kan? Oleh yang demikian, jom kita cuba resipi daging masak hitam yang dikongsi oleh Rozaini Abu Bakar menerusi kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Ujarnya, lauk ini juga boleh dibekukan dan dijadikan stok untuk dinikmati pada bila-bila masa sahaja.

Jadi, jom ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Bahan-bahan daging masak hitam

  • 1 sudu kecil jintan manis

  • 1 sudu kecil jintan putih

  • 1 sudu besar ketumbar

  • 3 ulas bawang putih

  • 2 labu bawang besar

  • 1 bawang besar dihiris

  • 1 inci halia

  • 3 sudu besar cili kering kisar

  • 2 sudu besar rempah kari daging

  • 1/2 cawan kicap pekat

  • Daun kari

  • Daun pandan

  • 3 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)

  • 1/2 kilo daging

Cara penyediaan

Mula-mula, sangai jintan manis, jintan putih dan ketumbar sehingga wangi.

Kemudian, kisarkan ia bersama dengan bawang putih, bawang besar dan halia.

Tumis pula tiga sekawan dan masukkan bawang besar yang telah dihiris dan daun kari.

Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga wangi. Tambahkan daun pandan, cili kering dan rempah kari daging lalu tumis sehingga pecah minyak.

Seterusnya, masukkan daging dan tidak perlu tambah air. Selepas itu, campurkan pula kicap pekat.

Warnanya mungkin tidak kelihatan begitu gelap awalnya, namun jika dibiarkan lama, ia akan mula kelihatan sedikit gelap.

Renehkan di atas dapur dan pastikan api dibuka perlahan.

Jika ia mula kelihatan kering, perasakan dengan garam dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba!