Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
resipi kuih nona manis
Kredit: Meezan Berry

Resipi Kuih Nona Manis Anti Gagal, Pencuci Mulut Tradisi

Aina Munirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Resipi Kuih Nona Manis Anti Gagal, Pencuci Mulut Tradisi

Umum mengetahui bahawa kuih-muih merupakan salah satu hidangan tradisional yang dekat dengan rakyat Malaysia sejak dahulu lagi.

Hal ini kerana, ia sering dijadikan juadah sampingan, pencuci mulut ataupun hidangan istimewa dalam majlis-majlis seperti kenduri dan perayaan.

Bukan itu sahaja, selain dari rasanya yang sedap, ia juga sering digemari oleh semua generasi. Kepelbagaian kuih-muih yang ada di negara ini juga menggambarkan keunikan dan keunikan budaya di negara kita.

Antara salah satu resipi kuih tradisi yang anda boleh cuba ialah kuih nona manis. Gabungan rasanya yang manis dan berlemak sudah pasti akan memikat citarasa sesiapa sahaja yang mencubanya.

Justeru itu, jom kita ikuti perkongsian dari Meezan Berry di laman Facebook miliknya. Ujarnya, resipi kuih nona manis yang dikongsinya ini merupakan resipi anti gagal.

Bahan-bahan kuih nona manis

Bahan-bahan untuk paste pandan

  • Satu kotak kecil santan (200ml)

  • Dua cawan air (400ml)

  • Satu biji telur

  • Sedikit esen vanila

  • Satu cawan santan (200ml)

  • Satu cawan tepung gandum (100g)

  • Setengah cawan gula pasir (80g)

  • Satu cawan air pandan yang telah dikisar (200ml)

  • Dua sudu makan tepung jagung

  • Emulco pandan

Bahan-bahan topping adunan santan

  • Dua cawan santan (400ml)

  • Dua sudu makan tepung jagung (20g)

  • Satu sudu kecil tepung gandum (6g)

  • Dua sudu makan gula pasir (25g)

  • Setengah sudu kecil garam (4g)

Cara penyediaan

Mula-mula, sediakan bekas dan masukkan santan, tambahkan air dan kacau sehingga sebati.

Kemudian, dalam bekas yang berlainan, masukkan telur, esen vanila dan aduk sehingga merata. Selepas itu, anda boleh masukkan santan dan kacau sekali lagi.

Anda juga boleh masukkan tepung gandum, gula pasir dan kacau adunan sehingga sebati. Selepas itu, ketepikan seketika.

Untuk paste pandan pula, anda boleh sediakan periuk dan masukkan air pandan yang telah dikisar dan juga tepung jagung. Kacaukan adunan sehingga sebati, kemudian baru hidupkan api.

Hidupkan api dan kacau adunan anda sehingga ia betul-betul pekat. Seterusnya, anda boleh tuangkan paste pandan ke dalam adunan yang telah kita buat tadi dan kacau sebati.

Titiskan juga sedikit emulco pandan ke dalam adunan tersebut. Anda juga boleh tambahkan sedikit pewarna hijau dan kuning untuk hasil warna hijau yang lebih menarik. Seterusnya, tapiskan adunan tadi dan ketepikan.

Untuk topping adunan santan pula, anda boleh masukkan santan, tepung jagung, tepung gandum, gula pasir dan garam ke dalam periuk.

Kacaukan sehingga sebati terlebih dahulu, kemudian baru hidupkan api.

Pastikan juga adunan ini dikacau hingga pekat dan bukan sehingga ia mendidih sahaja.

Setelah ia pekat, anda boleh tutup api dan biarkan seketika. Selepasnya anda boleh tuangkan adunan tersebut ke dalam botol picit. Oleskan sedikit minyak masak pada acuan sebelum adunan berwarna hijau diisi.

Pastikan adunan tidak diisi hanya separuh dari saiz acuan anda. Kemudian, pipe topping santan di tengah-tengah adunan hijau tadi.

Anda boleh mula mengukus kuih nona manis tersebut. Pastikan anda mengangkat penutup pengukus setiap lima minit untuk buang air wap supaya tidak menitik pada kuih.

Sekiranya kuih anda sudah mula kelihatan kembang dan meninggi, itu tanda kuih anda sudah masak.

Anda boleh angkat dan sejukkan ia. Untuk buatkan kuih anda cepat sejuk, anda boleh biarkan ia di atas tray yang berisi ais. Setelah kuih betul-betul sejuk, barulah keluarkan dari acuan.

Kuih nona manis anda siap untuk dihidangkan. Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lupa cuba resipi menarik ini di rumah! Selamat mencuba.

Untuk melihat cara penyediaan dengan lebih teliti, anda boleh tonton video di bawah.

Sumber:Facebook