Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit; @lukmanwz

Resipi Putu Halba, Kuih Tradisi Popular Ketika Musim Hujan

Aina Munirah

Resipi Putu Halba, Kuih Tradisi Popular Ketika Musim Hujan

Hujan berterusan yang berlaku sejak kebelakangan ini sememangnya merisaukan orang ramai terutama apabila ia mendatangkan risiko banjir di kebanyakan tempat.

Bukan itu sahaja, bila hujan turun dan cuaca jadi sejuk, automatik perut kita akan beri isyarat untuk mencari juadah yang sesuai untuk dimakan.

Tidak dinafikan, waktu-waktu begini, hidangan panas seperti sup mampu memberikan kenyamanan. Namun, selain dari juadah-juadah berat, hidangan seperti kuih-muih turut menjadi pilihan ramai.

Misalnya, kuih yang berasaskan ubi kayu sering dicari ketika musim hujan. Tambahan pula, pada waktu ini juga ramai peniaga mula menjual hasil ubi kayu milik mereka.

Salah seorang pengguna TikTok, @lukmanwz ada berkongsi resipi putu halba, sejenis kuih yang dibuat dari ubi kayu dan amat popular pada waktu hujan.

Jom ikuti perkongsian darinya di bawah ini.

Bahan-bahan putu halba

  • 500g Ubi kayu

  • Satu batang serai

  • Setengah inci halia

  • 2 biji bawang Putih

  • Setengh sudu halba

  • Garam

  • Gula melaka

  • Gula pasir

BACA: Resipi Churros Bites, Juadah Sesuai Untuk Minum Petang

Cara penyediaan

Mula-mula, sediakan ubi kayu dan belah bahagian tengahnya dengan pisau. Selepas itu, buang kulit ubi kayu tersebut sehingga licin.

Kemudian, basuh ubi kayu kayu tersebut sehingga bersih dan toskan. Potong ubi tersebut menjadi saiz yang lebih kecil dan masukkan ke dalam pengisar untuk kisarkan menjadi lebih halus.

Kisar sehingga halus dan anda boleh ulang langkah berikut sehingga ubi kayu anda habis. Selepas itu, anda boleh sendukkan ubi kayu yang telah dikisar tadi ke atas kain yang lebih bersih dan perah ia sehingga betul-betul kering.

Setelah kering, masukkan ia ke dalam bekas. Sementara itu, kisarkan serai, halia dan bawang putih dan perah juga sehingga betul-betul kering.

Jangan buang air perahan tersebut kerana ia boleh digunakan sewaktu proses mengukus nanti.

Anda boleh masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi bersama dengan halba dan garam ke dalam ubi kayu tadi dan gaul hingga sebati. Sebaiknya, anda rendam halba tersebut terlebih dahulu.

Untuk inti pula, parutkan gula melaka dan gaulkan bersama gula. Langkah seterusnya, anda boleh sediakan bekas kecil untuk masukkan campuran ubi kayu tadi.

Masukkan separuh sahaja. Kemudian, letak inti gula melaka di bahagian tengah dan letakkan campuran ubi hingga penuh bekas tersebut.

Selepas itu, tutup dengan tuala bersih yang sudah dibasuh dan diperah hingga kering. Telengkupkan adunan ke dalam pengukus dan tutup dengan kain.

Sediakan pengukus dan didihkan air. Setelah air mendidih, kukus selama 20 hingga 30 minit. Putu halba anda siap untuk dihidang.

Anda boleh juga hidangkan bersama kelapa muda yang digaulkan bersama sedikit garam.

Selamat mencuba. Untuk mengetahui cara penyediaan yang lebih jelas, anda boleh tonton video di bawah ini.

BACA: Resipi Yong Tau Foo ‘Style’ Hakka, Rupanya Mudah Je Nak Buat

Sumber: lukmanwz