Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Resipi Yong Tau Foo ‘Style’ Hakka, Rupanya Mudah Je Nak Buat

Aina Munirah
Kredit: Mister John via Facebook
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Resipi Yong Tau Foo ‘Style’ Hakka, Rupanya Mudah Je Nak Buat

Yong tau foo merupakan salah satu juadah yang sangat terkenal di negara ini. Makanan tersebut sering menjadi pilihan untuk dimakan beramai-ramai dan sering dijumpai di kedai makan atau pasar malam.

Yong tau foo juga telah diolah mengikut citarasa masyarakat kita. Ada yang suka makan dengan sos hitam dan ada juga yang gemar makan berkuah.

Kebanyakan orang kebiasaannya akan membeli yong tau foo di kedai kerana lebih mudah dan cepat. Tetapi cara untuk menyediakan makanan ini sangat mudah, jadi anda sebenarnya boleh buat sendiri di rumah.

Jom ikuti resipi yang telah dikongsi oleh Mister John di laman Facebook. Menurutnya, yong tau foo yang dimasak olehnya itu adalah resipi masyarakat Hakka.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Bahan-bahan yong tau foo

  • 350g isi ikan tenggiri

  • 80g isi ayam

  • 80g udang

  • Garam

  • Serbuk lada putih

  • Daun ketumbar

  • Terung

  • Cili merah besar

  • Peria

  • Air 1/3 cawan + garam 1/2 sudu

  • 6 ulas bawang putih

  • 1 sudu taucu

  • Air

  • 3 sudu sos tiram

  • 2 sudu kicap masin

  • Gula

  • Air tepung jagung

BACA: Nasi Lebih Jangan Buang, Boleh Buat Kerepek Rangup

Cara penyediaan yong tau foo

Mula-mula, kisarkan isi ikan tenggiri dan ayam terlebih dahulu sehingga ia betul-betul lumat. Kemudian, masukkan garam dan serbuk lada putih ke dalam campuran tersebut.

Seterusnya, masukkan udang dan daun ketumbar. Kemudian, anda boleh sambung kisar sehingga ia betul-betul lumat.

Sediakan terung, cili merah besar dan peria. Kemudian, anda boleh sumbat campuran tersebut ke dalam sayur-sayuran.

Kemudian, untuk melekatkan adunan tersebut, anda boleh menggunakan campuran air dan garam tadi.

Selepas itu, goreng yong tau foo tersebut ke dalam minyak panas. Goreng sehingga kuning keemasan.

Setelah itu, anda boleh angkat dan toskan.

Cara penyediaan sos yong tau foo

Mula-mula, tumis bawang putih yang telah dicincang halus sehingga naik bau. Setelah itu, masukkan taucu dan tumis seketika. Setelah itu, masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.

Kemudian, masukkan sos tiram, kicap dan gula. Kemudian, gaul sebati dan biarkan seketika. Setelah itu, masukkan air adunan tepung jagung dan kacau sebati.

Siap untuk dihidang.

BACA: Rasa Macam Makan Kat Kedai, Ini Resipi Mudah Salmon Buttermilk

Perkongsian ini telah menerima 134,000 tontonan sehingga hari ini dan banyak komen dari netizen.

Jika nak lihat cara masak dengan lebih teliti, tonton video di bawah ini.

Sumber: Mister John di Facebook