Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Rasa Macam Makan Kat Kedai, Ini Resipi Mudah Salmon Buttermilk
Kalau sebut ikan salmon, mesti ramai yang terbayang menu restoran mahal dan nampak eksklusif. Isinya yang lembut dan rasa yang lemak, ikan ini memang punya rasa tersendiri yang susah nak dilupakan.
Akan tetapi, apabila tengok harga hidangan salmon di kedai, kadang-kadang terus rasa nak tukar menu.
Ramai yang fikir nak masak ikan salmon di rumah mesti susah. Sebenarnya, tanggapan itu salah.
Dengan bahan yang mudah dan cara penyediaan yang ringkas, anda boleh hasilkan hidangan salmon yang bukan saja sedap, malah rasanya boleh lawan hidangan di restoran.
Pengguna akaun @hazwanramli di TikTok berkongsi resipi Salmon Butter Milk yang mudah disediakan. Kalau anda jenis yang suka makan ikan salmon di luar, kali ini apa kata cuba buat sendiri di rumah.
Untuk menyediakan hidangan ini, anda memerlukan bahan utama iaitu beberapa keping salmon fillet lebih kurang 250 gram setiap satu.
Kemudian, anda memerlukan setengah sudu kecil garam, serbuk lada hitam, serbuk bawang putih dan mentega.
Manakala untuk kuahnya pula, anda perlu sediakan empat sudu besar mentega, lima ulas bawang putih yang diketuk atau dicincang halus, dua tangkai daun kari dan satu tin susu cair.
Selain itu, sediakan setengah sudu kecil kiub ayam, serbuk bawang putih, sedikit lada hitam dan garam bagi melazatkan hidangan ini. Untuk sayur-sayuran, anda boleh sediakan brokoli dan tomato ceri.
Pertama sekali, anda perlu lap kering bahagian depan serta belakang salmon fillet menggunakan tisu supaya lebihan airnya hilang.
Selepas itu, perasakan ia bersama sedikit garam, serbuk bawang putih dan serbuk lada hitam.
Kemudian, anda perlu sapukan rata di seluruh permukaan salmon, kemudian ulang langkah yang sama pada bahagian kulit supaya rasa lebih sekata.
Untuk langkah yang seterusnya, panaskan sedikit butter dalam kuali sehingga cair dan masukkan salmon fillet
Tak perlu masak terlalu lama, cukup sekadar tekan-tekan sedikit supaya bahagian luarnya garing dan masak dengan sekata.
Apabila fillet salmon bertukar warna keemasan dan bahagian kulitnya kelihatan rangup, bolehlah diangkat.
Untuk menyediakan kuah, gunakan kuali yang sama supaya rasa salmon masih kekal dalam masakan.
Cairkan sedikit butter, dan bila mula naik bau wangi, masukkan dua tangkai daun kari bersama satu tin susu cair.
Menurut @hazwanramli, resipi ini tak perlu air sebab kuahnya bergantung sepenuhnya pada lemak dan aroma susu cair.
Seterusnya, tambahkan setengah kiub ayam dan perasakan dengan serbuk bawang putih, serbuk lada hitam serta sedikit garam.
Kacau perlahan-lahan hingga semuanya sebati, kemudian masukkan brokoli. Setelah brokoli mula lembut, masukkan semula salmon fillet yang telah digoreng tadi.
Akhir sekali, tambahkan tomato ceri untuk menaikkan rasa hidangan, dan salmon buttermilk sedia untuk dihidang.
BACA: Sesuai Dijadikan Kudapan Musim Hujan, Ini Resipi Mudah Cucur “Crab Stick”
Sumber: @hazwanramli