Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kerepek nasi
Kredit: farnuraa

Nasi Lebih Jangan Buang, Boleh Buat Kerepek Rangup

Aina Munirah

Nasi Lebih Jangan Buang, Boleh Buat Kerepek Rangup

Anda mesti pernah menghadapi masalah lebihan nasi yang dimasak pada hari sebelumnya, bukan? Selalunya, ramai yang hanya membuang lebihan nasi tersebut kerana beranggapan bahawa nasi itu akan rosak ataupun basi. Namun begitu, tahukah anda bahawa lebihan nasi tersebut boleh diolah menjadi resipi yang mudah dan lazat.

Kebiasaannya, nasi goreng sering dijadikan sebagai salah satu juadah apabila ada lebihan nasi yang dimasak pada hari sebelumnya. Selain dari rasanya yang lazat dan mengenyangkan, resipi nasi goreng ini juga dianggap sebagai satu juadah yang mudah dan mengenyangkan.

Namun begitu, selain dari resipi nasi goreng, anda juga boleh mengolah nasi tersebut dan menjadikannya sebagai satu snek ringan.

Menurut perkongsian pengguna TikTok, @farnuraa, resipi olahan dari lebihan nasi semalam dijadikan sebagai kerepek beras yang rangup dan liat. Justeru, mari kita ikuti resipi yang telah dikongsi olehnya di bawah ini.

Resipi Kerepek Nasi

Bahan-bahan:

Lebihan nasi sejuk, garam, serbuk bawang putih, serbuk paprika dan chilli flakes.

BACA: Pelik, Kenapa Nasi Kat Rumah Kadang Lembik, Kadang Tak Jadi?

Cara-cara:

Pertama, anda boleh mencampurkan lebihan nasi sejuk, garam, serbuk bawang putih, serbuk paprika dan chilli flakes ke dalam mangkuk besar. Kemudian, anda boleh gaul dan lenyekkan nasi tersebut terlebih dahulu.

Selepas itu, sediakan satu dulang dan ambil nasi tersebut. Kemudian, kepalkan atau bulatkan nasi tersebut dan susun ke atas dulang. Selepas itu, alaskan bahagian atas nasi tersebut dan lenyekkan ia menjadi lebih nipis.

Anda juga boleh mengubah ketebalan nasi tersebut mengikut citarasa anda. Selepas itu, masukkan nasi tersebut ke dalam air fryer dan bakar pada suhu 150 darjah selama 25-30 minit. Selepas siap dibakar, kerepek beras sedia untuk dihidang.

Menurut @farnuraa lagi, resipi ini bukan sahaja sesuai dijadikan sebagai snek dan dimakan kosong sahaja, namun anda juga boleh mencuba mengolahnya lagi mengikut citarasa anda sendiri. Jadi, apa tunggu lagi, jom sama-sama cuba resipi ini.

Sehingga hari ini, video tersebut sudah mencecah 658,000 tontonan di laman TikTok dengan pelbagai komen dan reaksi dari netizen.

Ada yang tidak sabar untuk cuba membuat hidangan itu sendiri.

BACA JUGA: 7 Karya Termahal Di Dunia, Harga Yang Pertama Siap Boleh Beli 5 Kapal Terbang

Sumber: @farnuraa melalui TikTok