Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Tiada Kategori

Pelik, Kenapa Nasi Kat Rumah Kadang Lembik, Kadang Tak Jadi?

syafiq halim

Pelik, Kenapa Nasi Kat Rumah Kadang Lembik, Kadang Tak Jadi?

Pernah masak nasi, tapi hasilnya tak sama setiap kali masak? Ada yang lembik, ada yang keras, kadang tak wangi langsung, kadang jadi sungguh macam chef masak. Tapi pelik kan, padahal cara masak dan ukuran sama je setiap kali masak.

Nak salahkan diri sendiri, tapi kadang-kadang nasi jadi elok je. Ha jangan korang tak tahu, nasi yang korang masak tu kadang lembik atau tak jadi tu ada beberapa faktor yang mendokongnya. Jadi, menerusi penulisan artikel ini, min nak share apakah punca yang menyebabkan nasi tak jadi dan lembik.

Nisbah air dan beras tidak konsisten

  • Biasanya kalau masak, ada orang yang hanya gunakan konsep ‘agak-agak’ air yang diisi bersesuaian dengan kuantiti beras. Padahnya jika air terlebih, nasi pasti menjadi lembik dan tidak menjadi.

Cara basuh beras

  • Mungkin risau tidak bersih, tapi kalau basuh beras dengan kuat dan terlalu lama juga boleh menyebabkan beras tersebut hilang lapisan kanji, dan seterusnya menyebabkan nasi jadi lembik.

Kaedah memasak

  • Nak masak nasi pun kena ikut periuk yang digunakan. Jangan samakan teknik masak nasi jika gunakan periuk yang tak sama. Ada periuk biasa dan periuk premium lain yang mempunyai tahap wap dan kepanasan yang berbeza.

Jenis beras berbeza, hasil pun akan berbeza

  • Setiap beras ada tekstur & kadar serapan air yang tersendiri. Sama ada beras wangi, beras biasa, beras basmati ataupun beras pulut, semuanya berbeza & cara masak pun ada beza.

Kualiti beras itu sendiri

  • Beras yang disimpan dalam keadaan tidak betul, boleh menyebabkan ia menyerap kelembapan, yang boleh mengakibatkan hasil nasi tidak cantik.

Disebabkan faktor-faktor ini jugalah yang menyebabkan ramai orang memilih beras tempatan kerana rasanya lebih enak dan ada jaminan kualiti. Mana tidaknya, jika beras tempatan, tidak perlu jangka masa yang panjang untuk sampai ke pengguna. Bak kata orang dulu-dulu, ‘beras baru’. Bila makan pun akan rasa ada perbezaan jika nak dibandingkan beras yang sudah lama.

Pesawah bertungkus lumus hasilkan beras yang cantik

Kalau melihat situasi di Malaysia, petani dan pesawah sangatlah konsisten mengeluarkan beras yang berkualiti supaya dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna. Mereka membanting tulang, guna segala kudrat keupayaan serta aset yang ada untuk memastikan bekalan beras sentiasa mencukupi.

Tapi berbaloikah usaha mereka? Adakah pendapatan mereka setimpal dengan usaha?

Cakap pasal setimpal atau tak ni, mestilah kita akan kaitkan dengan harga beras kan. Mana tidaknya, harga beras jugalah yang menentukan pendapatan petani & pesawah. Tahukah korang, yang harga beras tempatan terakhir sekali disemak sejak tahun 2008 lagi, di mana sudah 17 tahun harga yang sama ditetapkan.

Sekarang pula, kos dah naik, tapi pesawah pula kena jual ikut harga lama. Hasilnya, ada yang hanya menikmati sedikit untung, ada juga yang sekadar cukup, malah paling merisaukan jika ada yang alami kerugian.

Disebabkan itu jugalah ada suara-suara yang dikatakan di peringkat petani dan pesawah yang mahu pihak Kerajaan untuk pertimbangkan semula harga beras tempatan. Perkara ini bukan dalam kalangan pesawah sahaja, tapi turut melibatkan Ahli Parlimen di bahagian utara Malaysia, yang menyuarakan perkara sama dengan mengaitkan tentang punca lambakan beras import – beras putih import di antaranya kerana tiada kawalan harga beras import, iaitu tiada harga siling yang ditetapkan berbanding dengan harga beras putih tempatan. Beliau juga menyuarakan pertanyaan pihak petani adakah ada jaminan kerajaan bahawa ada bajet tambahan dari segi subsidi sekiranya terlibat dengan pelaksanaan penanaman padi lima kali dua tahun.

Menurut golongan petani dan pesawah pula, mereka turut mengharapkan ada perubahan bagi harga beras tempatan supaya boleh mempengaruhi pendapatan mereka. Sekiranya harga meningkat, di samping menikmati subsidi dan bantuan kerajaan, hasil atau pendapatan para petani akan berbeza yakni meningkat ke aras yang lebih tinggi.

Perkara ini turut bersesuaian dengan desakan yang dibuat atas dasar nak memastikan nasib dan usaha para petani dan pesawah agar keringat mereka lebih berbaloi selepas ini.

Begitulah situasi beras dan nasi di negara kita, dari mulanya hanya padi yang diusahakan oleh petani, sehinggalah kepada pengguna yang masak nasi pun jadi lembik, semuanya ada kisah yang perlukan perubahan tindakan sama ada dari diri sendiri mahupun pihak berwajib.

Jadi, kalau lepas ni korang masak nasi jadi lembik, jangan salahkan petani kerana mereka sentiasa memastikan beras tempatan sentiasa dalam kualiti yang terbaik. Kalau nasi jadi lembik, mungkin korang kena rujuk semula artikel ini.

Walau bagaimanapun, kita turut berharap sekiranya harga beras di Malaysia dapat diteliti semula, supaya nasib petani dan pesawah terbelah. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai perkara ini, korang boleh saja menjengah ke platform sosial media Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.