Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa restoran boleh dibuka semua bermula 4 Mei ini.
Menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja, beliau memaklumkan bahawa peniaga restoran dibenarkan untuk membuka restoran mulai Isnin depan.
“Mulai 4 hari bulan Mei ini, iaitu hari Isnin minggu depan, Pak Saleh yang saya sebutkan dalam ucapan saya yang terdahulu, boleh buka semula restoran yang ditutup,” katanya.
Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa setiap restoran perlulah mengikuti setiap SOP yang dikeluarkan kerajaan bagi mengekalkan amalan penjarakan sosial yang diterapkan.
Antara ringkasan SOP yang perlu dituruti seperti yang digambarkan oleh Perdana Menteri melalui contoh Pak Salleh adalah seperti berikut:
Letak notis di setiap meja untuk bilangan pelanggan
Buatkan garisan di lantai depan kaunter pembayaran
Sediakan ‘hand sanitizer’ di kaunter pembayaran
Beli penyembur pembersih dengan mencukupi
Beli facemask untuk pekerja
Periksa suhu badan pelanggan
Catat nama, nombor telefon dan tarikh pelanggan
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri juga menyatakan bahawa sekiranya berasa masih was-was, adalah lebih baik untuk tidak makan di kedai dan hanya membungkus makanan.
Sumber: Bernama