Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ribbon Of Hope Oleh BIG CARiNG Tekankan Kepentingan Saringan Awal Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Syamimi

Ribbon Of Hope Oleh BIG CARiNG Tekankan Kepentingan Saringan Awal Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara ini, BIG CARiNG Group memperbaharui seruan kepada wanita untuk menekankan kepentingan saringan awal dan berkala, sambil mengingatkan bahawa langkah pertama untuk melawan kanser adalah dengan membuat pemeriksaan.

Menerusi inisiatif utama penjagaan dan kesedaran kansernya, Ribbon of Hope, pihak BIG CARiNG Group berusaha menjadikan kesedaran serta pencegahan kanser lebih mudah diakses, dengan membawa perkhidmatan saringan, kaunseling dan sokongan lebih dekat kepada tempat tinggal dan kerja rakyat Malaysia.

Kanser payudara kekal sebagai jenis kanser yang paling kerap dihidapi oleh wanita di Malaysia, merangkumi hampir satu daripada tiga kes kanser dalam kalangan wanita. Lebih separuh daripada kes ini masih dikesan pada Tahap 3 atau 4, menunjukkan bahawa ramai wanita mengetahui tentang penyakit mereka terlalu lewat untuk mendapatkan rawatan yang paling berkesan.

Kajian juga menunjukkan bahawa hampir separuh daripada semua kes kanser payudara di Malaysia berlaku sebelum usia 50 tahun, jauh lebih awal berbanding kebanyakan populasi di negara Barat. Meskipun begitu, laporan yang menunjukkan hanya seorang daripada sepuluh wanita Malaysia menjalani saringan mamogram secara berkala menunjukkan keperluan untuk menjadikan usaha pencegahan sebagai sebahagian daripada rutin kehidupan seharian.

Ketua Pegawai Pemasaran BIG CARiNG Group, Wong Siew Lai berkata, “Kesedaran mengenai kanser payudara tidak seharusnya terhenti pada bulan Oktober sahaja. Ia perlu menjadi sebahagian daripada cara kita menjaga dan menyokong komuniti setiap hari. Menerusi Ribbon of Hope, matlamat kami adalah untuk menjadikan pengesanan awal sesuatu yang mudah, boleh diakses dan dipercayai.

Setiap kunjungan ke farmasi boleh menjadi peluang untuk belajar, setiap perbualan boleh mencetuskan tindakan, dan setiap saringan boleh mengubah kehidupan. Kami mahu para wanita tahu bahawa mengambil langkah pertama untuk memeriksa, bertanya dan mengetahui mampu membawa perbezaan yang ketara.”

Ribbon of Hope menawarkan pendekatan holistik menyeluruh terhadap penjagaan kanser komuniti, daripada saringan dan diagnosis hinggalah ke fasa pemulihan dan sokongan selepas rawatan. Inisiatif ini merangkumi pendidikan pesakit, akses mampu milik kepada ubat-ubatan kanser, sumber pemulihan dan rehabilitasi, serta kerjasama strategik yang menggalakkan pengesanan awal dan pengurangan risiko.

Bagi menyokong pesakit dan penjaga mereka dengan lebih baik, inisiatif ini turut menyediakan akses kepada perkhidmatan kaunseling khusus dan pakar dietetik yang direka bagi membantu individu serta keluarga mereka mengurus cabaran fizikal, emosi dan pemakanan dalam penjagaan kanser.

Pada bulan Oktober lalu, BIG CARiNG Group telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) bagi memperkukuh usaha pendidikan, program saringan, serta advokasi pencegahan kanser di seluruh negara.

Selain daripada kanser payudara, Ribbon of Hope turut memperkasakan wanita untuk mengambil langkah proaktif terhadap kesihatan keseluruhan mereka melalui peningkatan kesedaran dan saringan berkala bagi penjagaan kanser secara pencegahan.

Inisiatif ini menjangkau jauh ke dalam komuniti tempatan bagi memastikan pendidikan kesihatan wanita dan perkhidmatan berkaitan lebih mudah diakses. Usaha ini termasuk meningkatkan kesedaran mengenai vaksinasi HPV, yang menyaksikan penurunan ketara selepas pandemik, dengan hanya 39% remaja perempuan berusia 15 tahun ke atas menerima dos pertama mereka pada tahun 2022.

“Dengan membawa kesedaran dan perkhidmatan penjagaan kesihatan lebih dekat ke tempat wanita tinggal, bekerja dan berbelanja, kami berharap ia dapat merapatkan jurang dalam pencegahan serta membina budaya penjagaan awal yang lebih kukuh dalam kalangan wanita Malaysia,” ujar Wong.

Program di bawah inisiatif ini turut diperluaskan ke hospital dan komuniti melalui projek tanggungjawab sosial korporat berkaitan hospital yang menyediakan pinjaman peralatan rehabilitasi dan pek penjagaan kanser. Serta kempen kesedaran dan program saringan percuma yang dijalankan dengan kerjasama hospital awam, universiti dan yayasan tempatan bagi menjangkau khalayak yang lebih luas.

Pada awal bulan ini, BIG CARiNG Group turut menganjurkan Women’s Health Awareness Day di Kampus Tasik Universiti Taylor’s yang menarik penyertaan kukuh seramai 328 peserta.

Acara itu turut menglibat Yayasan ROSE dan Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA) bagi meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara dan serviks dalam kalangan kakitangan serta pelajar universiti. Usaha ini mencerminkan misi utama Ribbon of Hope untuk mendekati lebih ramai individu, khususnya wanita yang mungkin terlepas peluang untuk menjalani saringan awal.

“Visi kami mudah tetapi amat penting, penjagaan kanser tidak seharusnya bermula selepas diagnosis, sebaliknya ia perlu bermula dengan kesedaran. Dengan menjadikan setiap farmasi dan rakan kerjasama sebagai pusat pencegahan, kami dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti untuk jangka masa panjang.”

“Kami ingin membina budaya di mana saringan awal bukan sahaja digalakkan, tetapi menjadi satu kebiasaan, serta memastikan tiada sesiapa yang terpinggir akibat kekangan kos, ketakutan, atau kekurangan akses,” tambah Wong.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ribbon of Hope, rakyat Malaysia digalakkan untuk mengunjungi cawangan BIG Pharmacy, CARiNG Pharmacy, Georgetown Pharmacy, Wellings Pharmacy atau Ting Pharmacy yang berdekatan.

Anda juga boleh mengikuti CARiNG Pharmacy di Facebook (www.facebook.com/caring2u/) dan Instagram (www.instagram.com/caringpharmacy_my/), atau BIG Pharmacy di Facebook (www.facebook.com/bigpharmacymy) dan Instagram (www.instagram.com/bigpharmacymy/) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program saringan yang akan datang, inisiatif kesedaran kanser dan penjagaan kanser mampu milik.