Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kapal terbang mengiring
Gambar: Video Tular
Tiada Kategori

Ribut Di LTAL, Rakaman Kapal Terbang ‘Mengiring’ Sebelum Mendarat Raih Perhatian

Iqbal Yasir

Ribut Di LTAL, Rakaman Kapal Terbang ‘Mengiring’ Sebelum Mendarat Raih Perhatian

Satu rakaman tular memaparkan juruterbang mengiringkan badan sebuah pesawat Firefly Airlines ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) sewaktu ribut dan angin kencang melanda pada petang tadi.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Langkawi Kini, video pendaratan kapal terbang tersebut meraih pujian orang ramai susulan juruterbang itu dikatakan menggunakan teknik crosswind landing untuk mengawal situasi itu.

Dalam klip berdurasi 29 saat itu, memaparkan pesawat itu terbang dalam keadaan ‘menyenget’ sebelum mendarat di lapangan terbang berkenaan.

Gambar;: Video Tular

Dalam video tersebut juga memaparkan keadaan cuaca tidak baik dan angin bertiup kencang sekaligus menyukarkan pendaratan.

Meskipun dalam cuaca yang tidak menentu, juruterbang itu berjaya melakukan pendaratan dengan lancar.

“Kejadian Di Langkawi semasa ribut tadi. Padu betul juruterbang Firefly Airlines, jarang-jarang dapat tengok.

“Agak-agak macam mana perasaan penumpang dalam tu ya? Steady dan tahniah kapten mendarat 10/10, Alhamdulillah,” memetik kapsyen video itu.

BACA: Pesawat Ringan Jenis PA-28-161 Mendarat Cemas Dekat Pelabuhan Klang

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji kapten pesawat itu yang cemerlang mengemudi pesawat berkenaan.

Sesetengah mereka juga menzahirkan rasa syukur kerana pesawat tersebut mendarat dengan selamat.

Berikut antara komen pengguna;

“Allah SWT yang permudahkan segala-galanya. Allah berikan juruterbang tu kemahiran untuk mengawal kapal dari pengalaman dia selama menjadi seorang juruterbang. Apapun terbaik juruterbang, Alhamdulillah,” tulis seorang pengguna.

“Juruterbang Malaysia yang terbaik!” komen seorang pengguna lagi.

“Hebat juruterbang dia. Terbaik. Pernah rasa la baru-baru ni dekat Sarawak. Nak turun ribut tu pun takut dah masing-masing,” tulis seorang lagi.

“Uish. Menyenget. Seram,” komen seorang lagi.

“Padu juruterbang, keputusan antara nak landing atau go around dalam masa beberapa saat yang amat genting. Fuh,” puji pengguna lain.

Sumber: Langkawi Kini/Facebook

BACA JUGA:Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

BACA JUGA: Kenapa Bendera Malaysia Dicat Terbalik Tapi Perkataan “Malaysia” Tidak Pada Pesawat?