Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribut Kuat Landa Sekitar UiTM Lendu, Motor Tumbang & Kereta Dihempap Pokok

Ribut Kuat
Kredit: @nrl._nia

Ribut Kuat Landa Sekitar UiTM Lendu, Motor Tumbang & Kereta Dihempap Pokok

Beberapa kawasan telah dilanda ribut kuat pada petang Isnin termasuk di UiTM Cawangan Melaka, Kampung Alor Gajah atau lebih dikenali sebagai UiTM Lendu.

Menerusi perkongsian oleh beberapa pengguna Threads, dapat dilihat keadaan yang berlaku ketika ribut kuat itu.

Salah seorang darinya, @nrl._nia memuat naik video dan gambar yang menunjukkan kerosakan yang terjadi disebabkan ribut itu.

Menurutnya, kerosakan yang dikongsikannya itu berlaku di dalam universiti terbabit dan juga sekitar kawasan tersebut.

Beberapa buah motosikal dilihat terjatuh dan pintu sliding apartmen berdekatan universiti itu juga pecah.

Kredit: nrl._nia
Kredit: nrl._nia

Sementara itu, @dreavyss, berkongsi gambar yang menyaksikan suasana selepas ribut itu.

Kredit: dreavyss
Kredit: dreavyss
Kredit: dreavyss

Dapat dilihat berlakunya juga kejadian pokok tumbang dan menghempap kenderaan.

Dalam pada itu, beberapa lagi kawasan lain turut mengalami ribut, antaranya di Jenjarom, Selangor dan Pendang, Kedah.

Video tular di media sosial memaparkan keadaan bangunan MRSM Pendang yang rosak akibat ribut itu.

Di Puncak Alam, Selangor pula kejadian hujan batu turut berlaku pada petang tadi.

Pengguna Threads, @frhnani.j berkongsi video hujan batu itu.

Petang tadi, MetMalaysia memaklumkan bahawa hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di tujuh negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.

Antara negeri yang terlibat ialah Kedah, Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur.