Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan tujuh negeri sehingga 7 malam ini.
Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan amaran berkenaan melibatkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
Di Perak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Hulu Perak, manakala di Kelantan melibatkan Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Pasir Puteh.
Bagi Terengganu, amaran meliputi Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang dan Hulu Terengganu.
Sementara itu, di Pahang, kawasan terlibat ialah Pekan, Rompin dan Jerantut, manakala di Johor melibatkan Kota Tinggi dan Mersing.
Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kapit, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri, Limbang, Samarahan, Serian, Kuching dan Sri Aman (Lubok Antu).
Bagi Sabah, amaran meliputi kawasan Pantai Barat iaitu Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Kota Belud, Penampang dan Papar.
Amaran turut melibatkan kawasan Pedalaman iaitu Keningau, Tambunan, Pensiangan, Sook, Tenom, Sipitang, Beaufort dan Membakut.
Selain itu, kawasan Kudat membabitkan Kota Marudu, manakala bagi Sandakan melibatkan Kinabatangan dan Sandakan.


