Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 2 Negeri Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa ribut petir dan hujan lebat dijangka akan berlaku di dua negeri sehingga jam 10 malam ini.
Menerusi kenyataan di laman Facebook, MetMalaysia berkata keadaan cuaca itu diramal di negeri Johor iaitu di Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Selain itu, ia juga membabitkan negeri Sarawak iaitu di daerah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu.
Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan nasihat lekukan tropika yang dikesan berada pada Latitud 4.2° Utara dan Longitud 103.7° Timur, dijangka bergerak ke arah Utara Timur Laut dengan kelajuan 5 km/j dan boleh mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 56 km/j.
Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.