Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri Malam Ini

Aina Munirah
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri
Kredit: Bernama

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri Malam Ini

Hujan lebat dan ribut petir diramal akan berlaku di lapan negeri sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, hujan lebat dan ribut petir akan berlaku di seluruh kawasan di Terengganu.

Beralih ke Perak, kawasan terlibat ialah Batang Padang dan Muallim.

Bagi negeri Kelantan pula, amaran dikeluarkan bagi penduduk di kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Putih dan Kuala Krai.

Untuk negeri Pahang pula, kawasan terlibat ialah Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin.

Amaran juga dikeluarkan di negeri Selangor meliputi kawasan Hulu Selangor dan Gombak. Seterusnya, untuk negeri Johor, kawasan terlibat ialah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Untuk negeri Sarawak, amaran melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Marudi) dan Limbang

Akhir sekali, Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang dan Tenom), Pantai Barat (Papar, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau) dan Kudat.

Ujar MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.