Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Enam Negeri Hingga Malam Ini

Iqbal Yasir
Hujan Lebat Di Enam
Kredit; Bernama

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Enam Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 8 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri yang diramal hujan adalah Kedah, Perak, Pahang, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Johor.

"Di Kedah, kawasan yang diramal hujan adalah Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Batang Padang.

"Beralih ke Pahang, kawasan yang diramal hujan pula adalah Tanah Tinggi Cameron, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

"Sementara di Sarawak seperti Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song dan Kapit) dan Miri (Telang Usan).

"Beralih ke Sabah, kawasan yang dijangka hujan adalah Pantai Barat (Papar dan Penampang) dan Tawau (Tawau)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut