Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lapan Negeri Hingga 7 Malam Ini – MET Malaysia

Faiz Mustafa
Kedah Dijangka Mengalami Ribut Petir
Gambar via CDC

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lapan negeri yang dijangka menyebabkan hujan lebat dan angin kencang hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan hujan lebat dijangka berlaku di keseluruhan Negeri Sembilan dan Terengganu.

Amaran sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang, sementara di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera dan Rompin.

Kawasan lain yang terlibat ialah Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak; Hulu Langat, Selangor; Segamat, Kluang dan Mersing di Johor serta Bau, Kuching, Serian, Samarahan dan Asajaya di Sarawak.

Sumber: BERNAMA