Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Di Sembilan Negeri Hingga Malam Ini

Iqbal Yasir
Hujan Lebat Diramal
Kredit; Bernama

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Di Sembilan Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri hingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri terlibat adalah Kedah, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Pulau Pinang, Perak serta Terengganu.

"Di Kedah, kawasan yang terlibat adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Kelantan pula adalah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Pasir Puteh.

"Sementara itu di Pahang seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin. Bagi Johor pula seperti Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kulai.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Song dan Kapit), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

"Di Sabah pula seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut..