Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Malam Ini

Iqbal Yasir
Hujan Lebat Diramal Landa
Kredit; Bernama

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) hingga jam 9 malam ini.

Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah, dan seluruh negeri Perlis dan WP Kuala Lumpur.

"Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling. Manakala di Perak pula termasuk Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

"Di Kelantan hanya daerah Gua Musang diramal hujan sementara Terengganu termasuk Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

"Bagi Pahang beberapa daerah diramal hujan seperti Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Di Selangor pula adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

"Sementara itu di Negeri Sembilan seperti Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin dan Johor termasuk Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Sri Aman (Lubok Antu), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song), Miri (Marudi) dan Limbang.

"Di Sabah pula seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau dan Kunak)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.