Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Lima Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga jam 4 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah dijangka hujan petang ini.
“Di Terengganu, daerah yang terlibat adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. Manakala di Pahang pula termasuk Kuantan, Pekan dan Rompin.
“Sementara itu, di Johor pula hanya melibatkan dua daerah seperti Mersing dan Kota Tinggi.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song).
“Di Sabah pula termasuk Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran).
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia