Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Tujuh Negeri Hingga 2 Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga jam 2 petang ini.
Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Melaka dan Pulau Pinang.
METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk melanda daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.
Manakala di Perak, amaran yang sama dikeluarkan bagi kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Lanjutan daripada itu, hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Selangor yang melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.
Enam negeri dijangka dibadai hujan lebat, ribut petir dan angin kencang
Amaran yang sama dikeluarkan untuk daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan.
Di Johor, kawasan terlibat adalah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.
Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.
BACA: Perkataan ‘Ketimbang’ Akan Dimasukkan Dalam Kamus Dewan Perdana Edisi Kedua
BACA: Lelaki Kongsi Emaknya Mudah Terpengaruh, Sakan Main ‘Game’ Lepas Sembang Dengan Cashier MYDIN
Sumber: