Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa 4 Negeri Petang Ini

Adib Haiqal
Landa
Kredit: Bernama

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa 4 Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal berlaku di empat negeri sehingga jam 4 petang ini.

Menurut kenyataan, negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Johor.

Di negeri Kedah ia melibatkan kawasan Kota Setar, Yan, Pendang dan Kuala Muda.

Beralih ke Pulau Pinang, kawasan terlibat ialah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.

Bagi negeri Terengganu pula, amaran dikeluarkan bagi penduduk di kawasan Marang, Dungun dan Kemaman.

Untuk negeri Johor pula, kawasan terlibat ialah Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia via Facebook

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.