Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Risau Keluarga Bergaduh, Gadis Dakwa Dicabul Ahli Keluarga Sendiri Terpaksa ‘Diamkan’ Kisah Hitam

Gambar via Google
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Gangguan seksual yang dialami oleh golongan wanita sememangnya sering berlaku bahkan seorang daripada 10 orang wanita yang anda kenali mungkin pernah mengalami gangguan tersebut.

Lebih menyayat hati, suspek bagi sesetengah kes gangguan seksual ini melibatkan individu yang dikenali oleh mangsa termasuk bapa, abang, adik, sepupu, rakan-rakan dan guru.

Kebiasaannya, mangsa tidak berani untuk melaporkan kepada ahli keluarga yang lain atau pihak polis kerana takut berlakunya pergaduhan serta diugut oleh suspek.

Seperti kiriman oleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi melalui laman Twitter, beliau berkongsi mesej dari mangsa gangguan seksual yang dipercayai dicabul oleh saudara terdekatnya sendiri.

Menerusi mesej yang dikongsikan itu, gadis berkenaan mendakwa dirinya juga merupakan mangsa dicabul oleh ahli keluarga sendiri. Pun begitu, dia dan beberapa gadis yang lain bertindak untuk mendiamkan kisah hitam tersebut supaya tidak mencetuskan perbalahan keluarga.

Tersedar dengan nasib yang menimpa gadis-gadis itu, pemilik akaun Twitter tersebut juga turut berkongsikan talian kasih yang boleh dihubungi bagi membuat aduan krisis masyarakat.

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi