Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Risiko Alami Komplikasi Penyakit Adalah Rendah, Rupanya Vaksin Boleh Melindungi Lebih 20 Jenis Penyakit Berjangkit

Gambar: Bernama &via FB KKM

Umum mengetahui vaksin ini dapat membantu dari segi untuk mencapai imuniti kelompok.

Vaksin tidak dapat menghentikan anda daripada dijangkiti virus akan tetapi dengan pengambilan vaksin ia dapat mengurangkan kesan buruk yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan.

Walau bagaimanapun, mungkin masih terdapat segelintir daripada anda yang masih tertanya-tanya dengan persoalan berkenaan apa itu vaksin?

Oleh itu, ikuti perkongsian daripada akaun rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai apa itu vaksin dan kebaikan yang boleh memberi perlindungan terhadap lebih 20 penyakit berjangkit.

Apakah itu vaksin?

Vaksin merupakan produk yang dihasilkan untuk melindungi daripada penyakit berjangkit tertentu dengan merangsang sistem ketahanan badan secara selamat.

Dengan adanya vaksin, pada hari ini, berjuta orang menjalani kehidupan yang sihat dan dilindungi daripada lebih dari 20 jenis penyakit berjangkit yang boleh dicegah oleh vaksin.

Sekiranya masih dijangkiti, gejala dan penyakit yang dialami adalah lebih ringan, dan risiko untuk mengalami komplikasi adalah lebih rendah.

Jadi, setiap individu mempunyai peranan yang penting untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi melindungi diri, keluarga dan juga masyarakat.

Menerusi perkongsian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui akaun rasmi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, vaksin juga boleh memberi perlindungan terhadap lebih 20 jenis penyakit berjangkit. Penyakit yang dimaksudkan adalah seperti berikut.

  1. Covid-19

  2. Cacar Air (Varicella)

  3. Rotavirus

  4. Polio

  5. Batuk Kokol (Pertussis)

  6. Meningitis

  7. Rubella

  8. Kancing gigi (Tetanus)

  9. Ebola

  10. Beguk (Mumps)

  11. Demam Kuning (Yellow Fever)

  12. Difteria

  13. Hepatitis B

  14. Kanser Pangkal Rahim (Kanser Serviks)

  15. Pneumonia

  16. Penyakit Anjing Gila (Rabies)

  17. Japanese Encephalitis (JE)

  18. Demam Kepialu (Tifoid)

  19. Kolera/Taun

  20. Campak (Measles)

  21. Influenza

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia