Penggunaan lampu putih pada kenderaan yang digunakan sememangnya boleh menyebabkan gangguan kepada pengguna jalan raya lain. JPJ Malaysia melalui laman Twitter telah berkongsi kesan bahaya penggunakan lampu putih terang.
Antara bahaya penggunaan lampu putih terang adalah:
Menganggu pengguna jalan raya yang lain
Menyebabkan pemandangan menjadi silau
Risiko kemalangan maut
Keadaan lebih serius pada hari hujan
Dalam info grafik yang dikongsikan juga, satu pesanan turut dititipkan iaitu supaya tidak pentingkan diri kerana pemandu tidak bersendirian di atas jalan raya.
Sumber: JPJ Malaysia