Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ritual Malam Paling Win, Rahsia Tidur Lena Tak Sampai 15 Minit
Pernah tak anda baring di katil, mata terkebil-kebil merenung siling sambil otak ligat memikirkan seribu satu perkara walaupun badan terasa letih? Lagi kita cuba paksa pejam mata, lagi sukar untuk lena.
Hakikatnya, masalah susah tidur ini bukan semata-mata kerana badan tidak penat tetapi kerana minda dan deria kita belum bersedia untuk masuk ke mod rehat.
Sebab itu, mereka yang mengamalkan ritual malam tertentu selalunya lebih cepat lena. Malah ada yang hanya mengambil masa kurang daripada 15 minit sebelum hanyut ke alam mimpi.
Ritual malam ini bukan sekadar rutin biasa, tetapi satu signal kepada tubuh dan minda bahawa hari sudah berakhir dan inilah masa untuk benar-benar memutuskan hubungan dengan tekanan seharian.
Ia ibarat butang rahsia yang bila ditekan dapat membantu otak melonggarkan segala kekusutan dan membuatkan badan terasa ringan.
Kalau anda selalu bergelut untuk tidur atau bangun pagi dengan rasa lesu, mungkin inilah masa untuk mencuba langkah-langkah yang kita panggil sebagai “ritual malam paling win”.
Iaitu satu rutin yang ringkas tetapi berkesan yang boleh menjadikan tidur malam anda lebih cepat, lena dan berkualiti.
Cahaya biru daripada skrin telefon, tablet atau komputer sebenarnya mengganggu penghasilan melatonin. Iaitu hormon penting yang akan membantu kita tidur.
Ramai yang tidak sedar, walaupun kita hanya menatap media sosial hanya sekejap sebelum tidur, otak akan kekal aktif dan mengambil masa lebih lama untuk masuk ke fasa rileks.
Jadi, langkah pertama yang paling penting adalah mematikan gajet sekurang-kurangnya 30–60 minit sebelum waktu tidur.
Jika sukar untuk meninggalkan telefon, cuba letakkan di luar bilik atau aktifkan mod pesawat supaya tiada bunyi notifikasi yang mengganggu.
Apabila mata kita tidak lagi terdedah kepada cahaya skrin, otak akan lebih cepat memberi isyarat bahawa masa untuk berehat telah tiba.
Bilik tidur yang gelap dan bersuhu nyaman juga merupakan kunci utama untuk mendapatkan tidur malam yang berkualiti dan lena.
Kajian menunjukkan bahawa persekitaran yang gelap membantu tubuh menghasilkan lebih banyak melatonin. Manakala suhu yang selesa membantu mengawal degupan jantung dan pernafasan.
Tutup lampu sepenuhnya dan jika perlu gunakan langsir blackout untuk menghalang cahaya dari luar.
Selain itu, suhu sekitar 24–26°C adalah yang paling selesa untuk kebanyakan orang kerana ianya sudah cukup sejuk untuk membantu tubuh rileks tetapi tidak terlalu dingin sehingga mengganggu tidur.
Kipas atau pendingin hawa boleh menjadi penyelamat terutamanya pada malam yang panas dan lembap. Apabila bilik berada pada keadaan yang tenang dan nyaman, otak akan lebih mudah menerima isyarat untuk lena.
Di samping itu, segelas susu suam atau teh herba tanpa kafein seperti chamomile mampu memberi signal pada otak bahawa masa untuk berehat telah tiba.
Minuman hangat ini bukan sahaja membantu melegakan tekak dan perut tetapi juga memberi rasa selesa seolah-olah kita sedang dipeluk dengan lembut.
Elakkan minuman berkafein seperti kopi atau teh pekat pada waktu malam kerana ia merangsang sistem saraf dan membuatkan mata sukar terlelap.
Minuman dengan gula berlebihan juga tidak digalakkan kerana ia boleh meningkatkan tenaga secara mendadak dan mengganggu tidur.
Pilih minuman hangat yang ringan, wangi dan memberi rasa damai dari dalam supaya tubuh bersedia untuk berehat.
4. Hidupkan aroma terapi untuk suasana damai
Aroma yang menenangkan juga boleh memberi kesan besar kepada mood sebelum tidur. Minyak pati seperti lavender, sandalwood atau chamomile terkenal dengan sifatnya yang membantu tubuh dan minda menjadi lebih rileks.
Anda boleh menggunakan diffuser untuk menyebarkan aroma ke seluruh bilik atau semburkan sedikit pada bantal dan cadar.
Bau yang lembut ini memberi kesan seolah-olah kita sedang berada di spa peribadi, membolehkan fikiran melepaskan bebanan harian.
Lebih menarik, aroma yang sama digunakan setiap malam akan mencipta memori bau pada otak. Apabila menghidu bau tersebut, tubuh akan mengenali isyarat bahawa masa tidur telah tiba.
BACA : Rare Tapi Menjadi, Ini 7 Cara Halau Lipas Dalam Kereta
Kadang-kadang badan kita masih tegang walaupun hari sudah larut malam terutamanya jika seharian duduk di depan komputer atau melakukan kerja fizikal berat.
Lakukan regangan ringan untuk meregangkan otot leher, bahu, pinggang dan kaki sambil fokus pada pernafasan.
Anda juga boleh cuba teknik pernafasan 4-7-8 yang terbukti membantu memperlahankan degupan jantung dan meredakan sistem saraf.
Caranya mudah iaitu dengan tarik nafas selama empat saat, tahan selama tujuh saat kemudian hembus perlahan-lahan selama lapan saat.
Ulang beberapa kali sambil membayangkan setiap hembusan membawa keluar segala tekanan dan beban fikiran.
6. Baca atau dengarkan sesuatu yang menenangkan
Daripada memegang telefon, gantikan tabiat itu dengan membaca buku fizikal atau mendengar audio meditasi yang lembut.
Pilih bahan bacaan yang ringan dan santai dan bukannya novel penuh konflik atau berita yang membuatkan otak terlalu aktif. Buku bergenre inspirasi, kisah santai atau puisi adalah pilihan yang baik.
Jika lebih selesa mendengar audio, pilih bunyi alam seperti desiran ombak, kicauan burung atau hujan renyai. Biarkan minda meluncur perlahan-lahan ke dalam keadaan tenang sehingga akhirnya rasa mengantuk datang secara semula jadi.
Apabila semua langkah di atas sudah dilakukan, inilah masa untuk menutup mata dan membawa imaginasi anda ke tempat yang menenangkan.
Bayangkan anda sedang duduk di tepi pantai dengan bunyi ombak beralun dan angin sepoi-sepoi bahasa membelai wajah atau berada di tengah hutan berkabus yang dingin dengan aroma tanah lembap yang segar.
Visualisasi ini membantu mengalihkan perhatian daripada fikiran yang berserabut dan secara perlahan membawa anda hanyut ke alam mimpi.
Latihan ini bukan sahaja membantu tidur lebih cepat, malah ia mencipta pengalaman tidur yang lebih damai.
Oleh itu, mengamalkan ritual ini setiap malam bukan sahaja membantu anda tidur lebih cepat, tetapi juga melatih tubuh untuk mengenali isyarat bahawa masa rehat sudah tiba.
Seperti mana kita menetapkan jam loceng untuk bangun, rutin ini adalah alarm mengantuk semula jadi yang akan membuatkan anda lena dengan lebih mudah dan bangun pada keesokan harinya dalam keadaan segar bertenaga.
Jadikan ia satu kebiasaan dan anda akan dapati bahawa tidur bukan lagi sesuatu yang sukar dikejar tetapi satu nikmat yang hadir dengan lembut setiap malam.
BACA : Dah Wangi Tapi Masih Berbau? Ini 7 Musuh Senyap Bau Badan
Sumber :
vitalscend
,
helpguide