Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Dah Wangi Tapi Masih Berbau? Ini 7 Musuh Senyap Bau Badan
Gambar AI
Tiada Kategori

Dah Wangi Tapi Masih Berbau? Ini 7 Musuh Senyap Bau Badan

suhaila

Dah Wangi Tapi Masih Berbau? Ini 7 Musuh Senyap Bau Badan Yang Ramai Tak Sedar

Anda dah mandi dua kali sehari, guna sabun antibakteria yang katanya paling kuat dan sapu deodorant sebelum keluar rumah.

Sembur pula perfume yang berjenama dengan bau yang segar dan mewah. Tetapi malangnya, bila cuaca mula panas atau anda berpeluh sedikit sahaja, bau yang tidak menyenangkan tetap keluar dan menyelinap perlahan yang akan membuatkan anda kurang selesa. Kadang-kadang sampai rasa malu bila berada dekat dengan orang lain.

Kalau situasi ini kedengaran seperti sesuatu yang anda pernah alami, anda bukan keseorangan. Ramai yang berdepan dengan masalah bau badan walaupun sudah menjaga kebersihan diri sebaik mungkin.

Bau badan yang berlarutan walaupun sudah wangi sebenarnya bukan sesuatu yang pelik tetapi ia ada kaitan dengan beberapa punca tersembunyi yang ramai orang tidak sedar.

Inilah yang kita panggil musuh senyap bau badan. Ianya punca yang tidak ketara secara luaran tetapi memberi kesan besar terhadap bau semula jadi tubuh anda.

Berikut ialah tujuh punca tersembunyi yang mungkin anda tak pernah sangka tapi sebenarnya sangat berpengaruh terhadap bau badan anda setiap hari.

1. Sabun terlalu kuat

Bila badan mula berbau, ramai yang panik dan segera tukar sabun kepada versi extra kuat atau antibakteria tahap tinggi. Niatnya bagus kerana nak bunuh bakteria penyebab bau.

Tapi apa yang ramai tak tahu, kulit manusia mempunyai bakteria baik yang sangat penting untuk melindungi lapisan kulit daripada bakteria jahat.

Bila kita kerap menggunakan sabun yang terlalu keras, kita bukan sahaja membunuh bakteria buruk, tetapi juga menghapuskan sistem pertahanan semula jadi kulit.

Kesannya, kulit jadi tidak seimbang dari segi pH, lebih mudah kering dan sensitif serta memberi laluan mudah kepada bakteria penyebab bau untuk membiak.

Oleh itu, memilih sabun bukan soal yang mana paling kuat, tetapi yang mana paling serasi dan lembut pada kulit. Gunakan sabun pH seimbang, bebas sulfat atau alkohol atau lebih baik lagi gunakan sabun berasaskan prebiotik yang menyokong ekosistem semula jadi kulit.

2. Deodoran tak serasi

Ramai yang menyangka bau badan boleh diselesaikan hanya dengan sapuan deodoran. Tapi realitinya, tidak semua deodoran serasi dengan kulit dan badan kita.

Ada deodoran atau antipeluh (antiperspirant) yang terlalu kuat sehingga menyumbat liang pori. Ia menyebabkan peluh tidak dapat keluar dengan normal.

Bila peluh terperangkap, ia mencipta persekitaran lembap yang ideal untuk bakteria aktif menghasilkan bau yang lebih busuk dari biasa.

Lebih membimbangkan sesetengah deodoran mengandungi alkohol, aluminium atau pewangi sintetik yang boleh menyebabkan iritasi kulit dan ketidakseimbangan flora semula jadi.

Kalau anda dapati bau badan makin teruk selepas tukar deodoran, itu petanda produk itu mungkin tidak sesuai untuk anda.

Cuba beralih kepada deodoran bebas aluminium, bahan semula jadi atau gunakan rawatan alternatif seperti toner AHA/BHA yang kini semakin popular digunakan di kawasan ketiak.

Ramai Tak Sedar, Ini Musuh Sebenar Bau Badan

3. Makanan harian yang diam-diam ‘membocorkan’ bau

Beberapa jenis makanan yang kita ambil setiap hari sebenarnya boleh mempengaruhi bau badan secara langsung.

Makanan yang tinggi sulfur seperti telur, bawang putih, bawang merah, kobis dan brokoli mengandungi sebatian semula jadi yang boleh menghasilkan bau kuat.

Begitu juga dengan makanan tinggi protein haiwan seperti daging merah yang turut membebaskan sebatian berbau apabila dicerna. Bahan ini masuk ke dalam aliran darah lalu dikeluarkan semula melalui peluh dan nafas.

Hasilnya, badan akan berbau walaupun anda sudah mandi dan bersih luarannya. Ini bukan bermakna anda perlu tinggalkan makanan-makanan ini sepenuhnya tetapi penting untuk seimbangkan pengambilan dengan makanan yang membantu menyahtoksin secara semula jadi.

Daun pudina, lemon, teh hijau, saderi dan buah-buahan segar boleh bertindak sebagai pembersih dalaman untuk mengurangkan impak bau daripada makanan yang anda ambil.

4. Stres

Tidak ramai yang tahu bahawa bau badan boleh datang bukan kerana aktiviti fizikal tetapi juga kerana tekanan emosi. Bila anda stres, cemas atau tertekan, tubuh menghasilkan peluh jenis berbeza.

Iaitu dari kelenjar apokrin bukan kelenjar ekrin biasa. Peluh jenis ini mengandungi lebih banyak protein dan lipid yang sangat digemari oleh bakteria pada kulit.

Bila bakteria mula memakan peluh ini, mereka menghasilkan bau yang lebih kuat dan lebih menyengat.

Peluh stres ini juga sukar dikawal kerana ia tidak berkait dengan suhu badan tetapi dengan emosi. Jadi, walaupun anda duduk dalam bilik berhawa dingin, anda masih boleh berpeluh emosi jika sedang dalam tekanan.

Untuk mengurangkannya, cari cara untuk mengurus tekanan harian seperti teknik pernafasan perlahan, meditasi ringkas, bersenam ringan atau cukup tidur. Kadang-kadang, bau badan bukan sebab anda tak bersih tapi sebab anda terlalu terbeban secara mental.

BACA : 6 Tempat ‘Rare’ Dalam Kereta Yang Jarang Dicuci

5. Pakaian yang memerangkap bau

Kadang-kadang bau badan bukan berasal dari kulit tetapi dari pakaian yang anda pakai. Fabrik seperti polyester, spandex dan nilon adalah fabrik sintetik yang tidak menyerap peluh dengan baik.

Bila peluh tidak diserap, ia kekal di permukaan pakaian dan bercampur dengan bakteria. Ianya akan mencipta bau yang kuat dan melekat walaupun anda baru sahaja mandi.

Fabrik jenis ini juga sering digunakan dalam pakaian ketat dan aktif yang lebih cenderung memerangkap bau dalam tempoh lama.

Bukan itu sahaja, cara kita mengurus pakaian juga memainkan peranan. Baju peluh yang tidak segera dibasuh dan dibiarkan berlonggok dalam bakul pakaian boleh menjadi sarang bakteria yang seterusnya menjangkiti pakaian bersih lain.

Pilih fabrik semula jadi seperti kapas, linen atau bamboo yang lebih bernafas dan pastikan pakaian dibasuh dengan sempurna dan dikeringkan sepenuhnya.

6. Perut kotor dan usus tak seimbang

Selain itu, bau badan juga boleh berpunca daripada masalah dalam sistem penghadaman. Terutamanya apabila usus tidak berfungsi dengan baik.

Bila usus perlahan akibat sembelit, diet rendah serat atau pengambilan makanan proses yang berlebihan, toksin akan terkumpul lebih lama dalam badan.

Ini boleh menyebabkan gas berbau dan bahan kimia tertentu dikeluarkan melalui peluh dan nafas. Ini akan menjadikan bau badan anda tidak sedap walaupun luaran bersih.

Keadaan ini juga sering dikaitkan dengan ketidakseimbangan mikrobiota usus (gut microbiome). Bila bakteria baik dalam usus berkurang, tubuh lebih sukar menyingkirkan bahan buangan dengan efisien.

Solusinya? Tambah serat dalam diet harian, minum air secukupnya dan amalkan pengambilan probiotik sama ada melalui makanan semula jadi seperti tempe, yogurt atau suplemen khas.

7. Hormon atau ubat-ubatan yang mengganggu

Bau badan yang berubah secara mendadak kadang-kadang bukan kerana gaya hidup atau kebersihan, tetapi disebabkan perubahan hormon atau pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Hormon yang tidak seimbang seperti dalam kes tiroid, haid, menopaus atau kehamilan boleh mengubah bau semula jadi tubuh.

Begitu juga dengan ubat-ubatan seperti suplemen minyak ikan, vitamin B kompleks atau ubat untuk kawalan tekanan darah dan gula.

Bahan aktif dalam ubat ini boleh meresap keluar melalui peluh dan menjadikan badan anda mengeluarkan bau yang asing dan sukar dikawal.

Jika anda perasan bau badan berubah sejak mula mengambil ubat atau suplemen tertentu, beritahu doktor atau ahli farmasi anda untuk semakan. Mungkin ada alternatif lain yang lebih sesuai dengan tubuh anda.

Kesimpulannya, ramai yang berusaha untuk sentiasa berbau wangi dengan membeli perfume mahal, mandi kerap, sapu deodorant berlapis-lapis.

Tapi hakikatnya, bau badan tidak boleh dikawal sepenuhnya dari luar. Ia memerlukan pendekatan menyeluruh yang menyentuh dalaman dan luaran.

Musuh-musuh senyap bau badan ini mungkin kecil, tetapi impaknya sangat besar. Bila kita mula kenal punca yang tersembunyi, barulah kita faham kenapa badan kita berbau walaupun sudah buat yang terbaik untuk jaga kebersihan.

Dengan pemahaman yang lebih baik tentang tubuh sendiri, kita bukan sahaja dapat atasi bau badan tetapi juga menjaga kesihatan dan keyakinan diri secara menyeluruh.

Sumber : toneopfit, timesofindia

BACA : Lapar Tengah Malam? Ini 7 Snek Kenyang, Berat Tak Naik