Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
6 Tempat ‘Rare’ Dalam Kereta Yang Jarang Dicuci
Gambar AI
Tiada Kategori

6 Tempat ‘Rare’ Dalam Kereta Yang Jarang Dicuci

suhaila

6 Tempat ‘Rare’ Dalam Kereta Yang Jarang Dicuci Tapi Jadi Sarang Bakteria

Kereta bukan sekadar kenderaan untuk membawa kita ke sana sini. Bagi kebanyakan orang, kereta ibarat rumah kedua kerana ia merupakan tempat kita makan, minum, berehat malah kadangkala menjadi pejabat bergerak terutama bagi mereka yang selalu bekerja di jalan raya.

Dalam perjalanan ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau pulang ke kampung, kereta menjadi ruang peribadi yang menampung segala rutin harian.

Malangnya, di sebalik luaran kereta yang sentiasa nampak berkilat, tersusun rapi dan harum dengan pewangi, ramai di antara kita tidak sedar bahawa bahagian dalaman kereta sebenarnya menjadi tempat pembiakan bakteria yang kita bawa ke mana-mana tanpa disedari.

Setiap habuk halus, sisa makanan kecil dan titisan air manis sering wujud tanpa disedari.

Bahkan sentuhan tangan yang penuh bakteria pun perlahan-lahan berkumpul di sudut-sudut tertentu yang jarang diberi perhatia. Lebih menakutkan, ada beberapa sudut tersembunyi dalam kereta yang sangat jarang disentuh kain lap.

Apatah lagi disembur dengan cecair pembasmi kuman walaupun kita sekeluarga duduk berjam-jam di dalamnya.

Dalam artikel kali ini, kami ingin kongsikan enam tempat yang rare dan tersembunyi dalam kereta yang jarang dicuci tetapi tanpa disedari telah menjadi port rahsia kuman, habuk dan sisa yang boleh menjejaskan kesihatan keluarga anda setiap kali anda memandu.

1. Ruang celah-celah tempat duduk

Bahagian celah-celah tempat duduk boleh diibaratkan sebagai lubang hitam di dalam kereta, Ianya nampak sempit tetapi menyorokkan pelbagai sisa tanpa kita sedari.

Setiap kali kita makan di dalam kereta, ada sahaja sisa roti, cebisan biskut atau serpihan kerepek yang jatuh dan terperangkap di celah ini.

Ditambah pula dengan tisu terbuang, pembalut gula-gula atau duit syiling yang terjatuh, semuanya berkumpul diam-diam di situ.

Lama-kelamaan, celah ini akan mengumpul habuk, minyak, sisa makanan dan menjadi tempat ideal untuk bakteria membiak.

Paling menakutkan, jika sisa makanan dibiarkan bertahun-tahun. Ia boleh menarik serangga kecil yang membawa pelbagai kuman.

Jadi, jangan terkejut jika bau pelik dalam kereta rupa-rupanya berpunca dari celah tempat duduk yang kita selalu lupa bersihkan.

2. Stereng kereta

Ramai orang menyangka stereng kereta adalah bahagian paling bersih kerana ia dipegang setiap hari tetapi sebenarnya stereng adalah antara bahagian yang paling banyak menyimpan kuman.

Cuba bayangkan, setiap kali kita keluar dari tandas awam, memegang pintu, bersalaman atau mengira wang tunai, tangan kita akan memindahkan pelbagai jenis bakteria tanpa disedari. Semuanya akan melekat di stereng setiap kali kita memegangnya.

Tambah pula kalau tangan berminyak selepas makan snek dalam kereta. Ini kerana kuman mudah bercampur dengan lapisan minyak dan habuk halus.

Malangnya tidak ramai yang rajin lap stereng dengan kain bersih atau cecair pembasmi kuman. Akibatnya, stereng yang nampak berkilat sebenarnya penuh bakteria yang kita sentuh setiap masa dan berpindah ke muka atau mulut apabila kita mengelap peluh atau makan di dalam kereta.

3. Suis tingkap dan butang kawalan

Antara bahagian yang paling kerap disentuh tetapi jarang dibersihkan ialah suis tingkap, butang kawalan penghawa dingin dan butang radio.

Cuba bayangkan berapa kali sehari kita tekan butang untuk turunkan tingkap, laras suhu aircond atau tukar stesen radio.

Semuanya dilakukan secara automatik walaupun tangan belum tentu bersih. Kadang-kadang, kita tekan suis ini dengan jari berminyak selepas makan burger atau ayam goreng di dalam kereta.

Debu halus dan minyak akan melekat di celah-celah butang dan menjadikannya tempat pembiakan bakteria yang sangat sesuai.

Jika diperhatikan, tidak hairanlah kenapa butang kawalan mudah kelihatan kusam atau melekit. Bayangkan berapa ramai penumpang lain juga menekan suis yang sama dan kita berkongsi kuman yang sama tanpa sedar.

4. Tempat letak cawan (Cup Holder)

Di samping itu juga, tempat letak cawan atau cup holder sering menjadi ‘sarang gula’ dalam kereta tanpa kita sedari.

Ramai suka minum kopi panas, teh ais atau minuman bergas semasa memandu tetapi sisa titisan air manis yang menitik perlahan-lahan ke dasar cup holder jarang diambil peduli.

Lama-kelamaan, gula yang tertinggal akan melekat dan membentuk kerak yang sukar dicuci.

Lebih buruk lagi, tempat ini akan menjadi tarikan semut, lalat kecil atau kulat mikro yang tidak nampak dengan mata kasar.

Setiap kali meletakkan cawan baharu, sisa titisan air lama yang kotor mungkin melekat semula pada minuman baru tanpa kita sedar.

Sebab itu, cup holder patut dibersihkan dengan kain lembap dan sabun secara berkala bukan sekadar dilap secara ala kadar.

BACA : Nak Buat Bateri Kereta Tahan Lama: Ini 8 Cara Paling Senang

5. Pelapik kaki

Pelapik kaki kereta selalu kelihatan bersih di permukaan tetapi apa yang terkumpul di bawahnya sering diabaikan.

Kasut kita yang berdebu, berpasir atau basah akan memindahkan sisa tanah, daun reput, pasir halus dan kadangkala air hujan ke pelapik kaki.

Debu dan kotoran ini akan terperangkap di celah-celah dan bertambah setiap kali kita keluar masuk kereta.

Jika tidak dibersihkan betul-betul, kotoran ini boleh menyebabkan bau hapak yang sukar hilang selain menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat.

Ramai hanya menyapu permukaan pelapik kaki tetapi lupa untuk mengangkat dan membersihkan ruang bawah secara teliti. Padahal di situlah sebenarnya tempat berkumpul segala jenis habuk dan kuman secara diam-diam.

6. Ventilasi penyaman udara

Ramai sangka sistem penyaman udara hanya perlu diservis enjin sahaja sedangkan bahagian ventilasi atau sirip udara di dashboard patut dibersihkan secara rutin.

Habuk halus, rambut dan zarah debu akan melekat pada celah sirip ventilasi setiap kali kita menggunakan penghawa dingin. Bila aircond dihidupkan, semua habuk ini akan berterbangan dan disedut ke dalam paru-paru kita.

Jika terlalu lama tidak dibersihkan, bakteria dan kulat mikro juga boleh membiak dalam celah sempit ini.

Malah, bau kurang enak yang datang daripada aircond selalunya berpunca daripada debu, kulat atau air takungan yang kotor di dalam sistem ventilasi.

Jadi, luangkan masa untuk membersihkan sirip ventilasi dengan berus lembut atau penyedut hampagas mini supaya udara dalam kereta kekal segar dan bersih.

Oleh itu, kereta yang bersih bukan sekadar sedap dipandang dari luar tetapi sepatutnya selesa dan selamat diduduki dari dalam.

Tabiat membersihkan bahagian dan tempat yang ‘rare’ yang jarang dicuci ini sebenarnya membantu memastikan kualiti udara di dalam kereta lebih sihat.

Ini sangat penting terutamanya jika kita kerap membawa anak kecil, warga emas atau orang yang mudah alah pada habuk. Jangan tunggu kotoran menjadi kerak tebal atau menghasilkan bau hapak baru hendak bertindak.

Sumber : eastcoastcarco, simoniz.uk

BACA : Dinding Rumah Kosong? Ini 8 Idea DIY Untuk Nampak Mewah