Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Riuh, Gelagat ‘Penyokong Warisan’ Bersorak Untuk Faisal Halim Curi Perhatian

Sofea
penyokong warisan faisal halim
Kredit: Nasseb Ali
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Riuh, Gelagat ‘Penyokong Warisan’ Bersorak Untuk Faisal Halim Curi Perhatian

Peminat bola sepak tanah air yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa pulang dengan penuh kegembiraan apabila Harimau Malaya berjaya ‘membelasah’ Laos 5-1 dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027.

Kemenangan yang penuh bergaya itu juga menjadi bukti rekod tanpa kalah pasukan negara selepas empat perlawanan dalam kumpulan F.

Malaysia kini mendahului kumpulan F dengan mengumpul 12 mata.

Namun, selain gelagat riang penyokong Malaysia, terdapat sekumpulan penyokong yang mencuri tumpuan di tempat duduk penonton.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Nasseb Ali di TikTok, sekumpulan lelaki dari luar negara dilihat bersemangat memberikan sorakan kepada Harimau Malaya terutama buat Faisal Halim.

BACA JUGA: Patut Dipuji, Penyokong Harimau Malaya Bersihkan Stadium Lepas ‘Match’ Semalam

Menurut Nasseb, mereka semua berasal dari Perancis dan kini sedang menyambung pengajian di Malaysia.

“Ayuh Halim, Faisal Halim, awak patut bermain di Eropah,” antara sorakan mereka yang mencuit hati ramai.

Nasseb berkata dia dan kumpulan pelajar itu saling tidak mengenali tetapi mula berinteraksi apabila berada di tempat duduk penonton itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat mereka dan berseloroh bahawa mereka adalah penyokong warisan.

“Penyokong naturalisasi”

“Bukan pemain je warisan. Dengan penyokong pun ada penyokong warisan hahaha”

“Tersedak pakcik Halim kat rumah”

Sementara itu, aksi berikutnya Harimau Malaya menyaksikan mereka bakal berdepan dengan Nepal pada 18 November. Saingan kumpulan akan tamat selepas menentang Vietnam di Hanoi pada Mac tahun depan.

Sumber: Nasseb Ali