Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

RIUH Merdeka Kembali Raikan Seni & Kreativiti Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026

SENI

RIUH Merdeka Kembali Raikan Seni & Kreativiti Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2026, Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (MyCreative) akan menganjurkan RIUH Merdeka pada hari Ahad, 30 Ogos 2026 bermula pukul 2.00 petang hingga 4.00 pagi dan hari Isnin, 31 Ogos 2026 dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang, bertempat di Tapak Parkir Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya. 

RIUH Merdeka meraikan semangat patriotik serta menghimpunkan masyarakat untuk menghayati kreativiti, budaya dan semangat kebersamaan. Acara ini turut menyediakan platform kepada penggiat seni, penghibur dan usahawan tempatan untuk mengetengahkan bakat dan hasil karya di samping memperluas jaringan hubungan antara penggiat seni dengan usahawan.

Edisi kali ini dijangka bakal menarik lebih 20,000 pengunjung dengan penyertaan 30 vendor makanan dan minuman (F&B) yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan, serta Drinho selaku penaja Zon Makanan dan Minuman. RIUH Merdeka turut menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai pempamer. 

Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk bengkel kreatif, aktiviti kanak-kanak, permainan tradisional, tayangan filem khas oleh FINAS, aktivasi kreatif, pertunjukan kapal terbang “Melukis Senja” oleh AeroTree serta instalasi seni “Serumpun Jiwa” karya Faizal Suhif yang mengangkat tema perpaduan dan identiti Malaysia. 

Acara ini juga bakal dimeriahkan dengan persembahan daripada Ernie Zakri, Anuar Zain, Hafiz Suip, Noraniza Idris, Ruffedge, Arunboii, Naungan dan Groove Society X Dhol Riderz. Kemuncak sambutan Ambang Merdeka akan diserikan dengan Kira Detik Merdeka dan pertunjukan bunga api. 

Orang ramai diundang hadir bagi menyertai pelbagai aktiviti dan pengalaman menarik sepanjang RIUH Merdeka berlangsung. Masuk adalah percuma. 

Maklumat lanjut mengenai RIUH Merdeka boleh diperoleh menerusi platform Facebook, Instagram dan TikTok @riuhinthecity serta @mycreativeventures.

Intipati
  • RIUH Merdeka akan diadakan di Putrajaya pada 30 dan 31 Ogos 2026.
  • Acara itu dijangka menarik lebih 20,000 pengunjung dengan 30 vendor makanan dan minuman.
  • Program menampilkan persembahan artis, bengkel kreatif, tayangan FINAS dan pertunjukan bunga api.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan