Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

RIUH kembali dengan edisi istimewa RIUH Raya Baik-Baik, iaitu acara kreatif sempena sambutan Aidilfitri yang menghimpunkan komuniti dan sebagai pusat sehenti membeli-belah, menikmati makanan, aktiviti seni dan hiburan tempatan.
Acara ini dijangka dapat menarik lebih 60,000 pengunjung sepanjang penganjurannya sebagai ruang pertemuan komuniti menjelang bulan Syawal, dan akan berlangsung dari Rabu, 25 Februari 2026 hingga Ahad, 1 Mac 2026, pukul 3.00 petang hingga 3.00 pagi bertempat di Raintree Plaza @ Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.
Bertemakan “Kampung Kita”, RIUH Raya Baik-Baik bakal menghimpunkan lebih 110 jenama tempatan makanan dan minuman (F&B), pakaian, penggiat kreatif serta penghibur di bawah satu bumbung. Antara persembahan daripada artis tempatan termasuk Aisha Retno, Ramayan dan Langkasuka, selain bengkel kreatif percuma yang terbuka kepada orang ramai.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi rakan strategik bagi acara kali ini. Kerjasama ini bertujuan untuk mendekati komuniti kreatif dan pengunjung dalam usahanya memperkukuh kesedaran mengenai perancangan kewangan dan kepentingan simpanan persaraan.
Selain memperkasakan usahawan, penglibatan KWSP turut menekankan usaha bagi meningkatkan kesedaran berkenaan pengurusan kewangan yang mampan dan berhemah.
Melalui kolaborasi ini, RIUH terus memperkukuh peranannya sebagai platform yang menyatukan seni, kreatif dan komuniti di samping menyokong pertumbuhan ekonomi kreatif tempatan.
Layari Facebook, Instagram serta TikTok @riuhinthecity dan @mycreativeventures untuk maklumat lanjut mengenai RIUH Raya Baik-Baik.