Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Rival” Utama Umum Bersara, Nadal Menangis Teresak-esak Disebelah Federer

Faiz Mustafa

“Rival” Utama Umum Bersara, Nadal Menangis Teresak-esak Disebelah Federer

Rafael Nadal dilihat menitiskan airmata semasa majlis penghormatan terakhir buat Roger Federer, yang mengumumkan persaraan sebelum ini. Lebih memilukan, suasan itu turut diiringi dengan video montaj yang ditayangkan khas untuk lagenda tennis dunia itu.

Federer dan Nadal merupakan seteru utama dalam sukan tenis yang menyaksikan kedua-duanya saling bertemu disepanjang karier Grand Slam mereka setiap tahun.

Meskipun Nadal telah mengatasi jumlah kemenangan yang dimilik Federer iaitu 22 kemenangan, tapi hakikatnya adalah mereka berdua sama-sama hebat dan telah banyak mencipta kenangan serta sejarah bersama.

Juara Grand Slam sebanyak 2o kali itu dilaporkan telah bermain untuk perlawanan akhir sebelum bersara dalam acara beregu digandingan bersaman Rafael Nadal di Piala Laver, dimana mereka tewas dalam acara tersebut.

Difahamkan, duo ini yang lebih mesra digela ‘Fedal” dilihat hampir menewaskan duo Amerika, Jack Sock dan Frances Tiafoe walaupun lebih kurang setahun tidak bermain secara kompetetif.

Walapun begitu, Federer tetap bersara sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah acara sukan tersebut. Ia merupakan momen yang penuh dengan emosi apabila dia menyampaikan ucapan perpisahan dalam arena yang berkapasiti 17,500 itu di London.

BACA: Rasuah VLN: Ahmad Zahid Dibebas Dan Dilepaskan Dari 40 Pertuduhan Rasuah

BACA: Disangka Meninggal Dunia, Wanita 72 Tahun Pulang Ke Rumah Selepas Keluarga Adakan Pengebumiannya

Sumber: Give Me Sport, Barstool Sports