Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

”Roadblock” Di Wilayah Persekutuan Dibekalkan Alat Pemeriksa Suhu Badan Mulai Hari Ini

Putrajaya, 28 Mac- Setiap sekatan jalan raya di Wilayah Persekutuan akan dibekalkan termometer, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Alat itu akan digunakan untuk memeriksa suhu badan pengguna jalan raya bagi mencegah penularan COVID-19.

“Mulai hari ini semua sekatan jalan raya di Wilayah Persekutuan dibekalkan dengan alat pemeriksa suhu badan. Yang ada tanda demam, anda mungkin ditahan untuk dibawa ke pusat pemeriksaan lanjut,” tulisnya.

Perintah Kawalan Pergerakan yang akan tamat pada 31 Mac dilanjutkan kepada 14 April bagi memutuskan rangkaian penularan COVID-19.

Sumber: Annuar Musa