Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rogol, Bunuh & Gantung Mayat Remaja, Enam Lelaki Ditahan Polis
Enam lelaki di Uttar Pradesh, Utara India dilaporkan telah berjaya ditahan polis pada Khamis lalu kerana didakwa merogol dan membunuh dua remaja perempuan yang mayatnya kemudian ditemui tergantung pada pokok, lapor CBS.
Kanak-kanak perempuan yang berusia 15 dan 17 tahun itu berasal dari komuniti Dalit, anak yang tergolong dalam kumpulan hieraki kasta paling rendah di India.
Menurut polis, mayat kedua ditemui tergantung di sebatang pokok di ladang tebu berhampiran rumah mereka di daerah Lakhimpur Kheri.
Siasatan awal mendapati, kedua beradik itu telah keluar dari rumah mereka pada Rabu untuk bertemu dengan dua suspek yang berkemungkinan menjalinkan hubungan bersama mangsa, kata polis Sanjiv Suman.
Kedua-dua lelaki itu mengaku telah mencekik dua beradik tersebut selepas merogol mereka sebelum menghubungi dua lagi rakan mereka bagi membantu mengeluarkan mayat katanya.
Mereka kemudiannya dilaporkan menggantung mayat tersebut di sebatang pokok dalam cubaan untuk menampakkan pembunuhan itu seperti bunuh diri, kata Suman lagi. Dua suspek lagi turut ditahan berhubung kejadian itu.
Rogol dan keganasan seksual telah mendapat perhatian sejak kejadian kes rogol berkumpulan pada 2012 dan pembunuhan kejam seorang pelajar berusia 23 tahun di dalam bas di New Delhi.
Polis telah menerima aduan yang disyaki kejadian pembunuhan, serangan dan rogol remaja bawah umur. Pemeriksaan bedah siasat telah dijalankan di Hospital dan mayat kini telah diserahkan kepada keluarga untuk diuruskan, kata pegawai kanan Polis Prashant Kumar.
Pada malam Rabu, ibu mangsa telah pergi ke balai polis dan melaporkan bahawa tiga lelaki tidak dikenali termasuk seorang jiran lelaki telah menculik anak perempuannya, lapor agnesi berita Press Trust of India.
Kejadian itu mencetuskan kemarahan di kampung tersebut dan penduduk telah mengadakan demonstrasi sejurus mayat ditemui. Polis telah ditempatkan di seluruh kampung bagi menjaga ketenteraman, lapor media tempatan.
Serangan itu mencetuskan bantahan besar-besaran dan memberi inspirasi kepada penggubal undang-undang untuk menubuhkan sebuah mahkamah yang memperdengarkan kes rogol dan hukuman yang lebih berat bagi mereka yang disabitkan dengan jenayah itu.
Sumber: CBS News
Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang