Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ronaldo Sahkan Piala Dunia 2026 Yang Terakhir

ronaldo
Gambar: IG Cristiano Ronaldo

Ronaldo Sahkan Piala Dunia 2026 Yang Terakhir

Bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia.

Pemain berusia 41 tahun itu berkata keputusan tersebut sudah dimuktamadkan. Beliau juga mahu menikmati setiap detik yang masih berbaki bersama Portugal di kejohanan berkenaan.

"Saya sedang menikmati Piala Dunia ini, para penyokong dan semua orang di sini. Ini pasti akan menjadi Piala Dunia terakhir saya. Keputusan itu sudah dibuat," katanya.

Berakhirnya satu era gemilang buat Ronaldo...

Pengumuman itu sekali gus menandakan berakhirnya satu era gemilang buat Ronaldo yang telah mewarnai pentas Piala Dunia selama hampir dua dekad.

Sepanjang kariernya, Ronaldo muncul sebagai antara pemain paling berpengaruh dalam sejarah bola sepak dunia.

Beliau bukan sahaja membantu Portugal menjulang kejuaraan Eropah. Malah, memecahkan pelbagai rekod termasuk jaringan antarabangsa terbanyak dan menjadi antara pemain paling prolifik sepanjang zaman.

Dalam masa sama, Ronaldo turut berkongsi satu momen lucu yang berlaku ketika menaiki pesawat menuju kejohanan tersebut.

Menurutnya, beliau menyedari seorang pramugara yang dipercayainya berasal dari Argentina seolah-olah cuba mengelak daripada bertentang mata dengannya.

"Dalam penerbangan itu, saya tahu salah seorang pramugara berasal dari Argentina. Saya boleh tahu melalui cara dia memandang saya.

"Saya terus berkata kepadanya, 'Saya tahu awak orang Argentina. Awak pandang saya, kemudian cepat-cepat alihkan pandangan... awak tak suka saya! Tapi jangan risau, isteri saya orang Argentina,'" katanya sambil berseloroh.