Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ronaldo ‘Tolak’ Keputusan Pengadil Yang Mahu Menghadiahkannya Sepakan Penalti
Sebuah video memaparkan aksi penyerang sensasi Al-Nassr Cristiano Ronaldo menolak keputusan sepakan penalti yang dilakukan oleh pengadil tular di media sosial.
Kejadian itu berlaku ketika perlawanan Liga Juara-juara Asia (ACL) yang melibatkan Al-Nassr menentang pasukan Persepolis.
Ketika kejadian, Ronaldo telah terjatuh di kawasan kotak penalti lalu dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan.
Bagaimanapun, Ronaldo selaku kapten Al-Nassr kemudiannya meminta dan meyakinkan pengadil agar menarik balik keputusan penalti tersebut.
Menerusi video muat naik oleh CBS Sports Golazo di laman X, Ronaldo dilihat segera mendapatkan pengadil bersama pemain Persepolis untuk membatalkan keputusan itu.
Ronaldo dilihat cuba memberitahu pengadil bahawa ia bukanlah satu tindakan kekasaran yang sengaja dilakukan.
Berdasarkan video itu lagi, dia telah menghampiri pengadil sambil mengibas jari dan menggelengkan kepalanya untuk memberitahu pengadil bahawa tiada kesalahan telah dilakukan oleh pasukan lawan.
Pengadil kemudiannya difahamkan telah menyemak VAR dan menarik balik keputusan sepakan penaltinya itu.
“Cristiano Ronaldo melepaskan sepakan penaltinya terhadap Persepolis, memberitahu pengadil bahawa ia bukanlah kekasaran.
“Bukan sesuatu yang anda dapat lihat setiap hari dalam bola sepak,” tulis ciapan muat naik tersebut.
Ramai telah memuji tindakan penuh kejujuran daripada bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu.
Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan akhirnya terpaksa berpuas hati dengan tiada jaringan gol berjaya dijaringkan sehingga tamat perlawanan.
Pasukan Al-Nassr juga terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Ali Lajami dilayangkan kad merah pada minit ke-17.
Selain itu, Ronaldo juga berdepan masalah rasa tidak selesa di bahagian tengkuknya dan terpaksa dibawa keluar oleh jurulatih pada minit ke-77.
Walaupun tidak berjaya menjaringkan sebarang gol, Al-Nassr bagaimanapun telah mengesahkan tempat mereka ke peringkat kalah mati ACL.
Kebiasaannya dalam sukan bola sepak, keputusan sepakan penalti adalah antara yang paling diinginkan oleh setiap pasukan.
Ini kerana, peluang untuk menjaringkan gol dalam peluang keemasan ini adalah sangat tinggi kebarangkaliannya.
BACA: Proton Pakistan Promo Saga, Rakyat Malaysia Tolong “Support” Dekat Komen
Sumber: Decan Herald, X/@CBSSportsGolazo